Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, July 11, 2012

DAP memang layak bertanding 90 kerusi. PAS & PKR nak kata apa?

90 Kerusi: DAP Parti Berbilang Kaum

 

PENULIS menerima banyak respon negatif dari sesetengah forumer termasuk mereka yang mengaku sebagai penyokong Pakatan Rakyat berhubung ketetapan meletakkan DAP untuk bertanding di 90 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum akan datang.

 

Ada yang marah-marah kerana tulisan penulis menjadi tajuk muka depan Utusan Malaysia.  Adakah itu salah penulis?

 

Untuk ini saja hampir 70 komen terpaksa penulis keluarkan kerana mengandungi ayat-ayat yang tidak melambangkan ciri-ciri seorang manusia yang matang akalnya.

 

Seperti penulis katakan, penulis ada dokumen bagi membuktikan kenyataan penulis tapi mendedahkannya di tahap ini adalah tindakan pra matang yang hanya mendatangkan lebih banyak masalah daripada menyelesaikannya.

 

Tapi bermula dari esok, penulis akan 'memperkenalkan' satu persatu calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang  untuk membuktikan kesahihan dokumen yang penulis perolehi.  Penulis yakin ramai di antara penyokong Pakatan Rakyat sendiri yang tidak tahu calon mana yang akan mewakili mereka dalam pilihanraya umum akan datang.

 

Dari situ pun, semua pengunjung laman ini boleh mengenali bakal calon masing-masing walaupun ada nama-nama yang bakal didedahkan nanti tidak pernah didengar sebelum ini

 

Baiklah, balik pada isu kewajaran meletakkan DAP di 90 kerusi itu tadi.

 

Apakah kita sudah lupa DAP adalah sebuah parti berbilang kaum dan tidak terhad kepada kaum cina sahaja.  Sudah ada ramai pemimpin melayu yang meyertai DAP seperti Tunku Aziz (dipecat), Hata Wahari, Aspan Alias dan bekas orang kuat penerangan Najib Tun Razak sendiri, Datuk Arif Sabri (blogger Sakmongkol Ak-47).

 

Memang DAP dikuasai orang cina, tapi itu berlaku secara kebetulan.  UMNO saja yang memainkan propaganda bahawa DAP adalah sebuah parti cina, sedangkan hakikatnya DAP adalah sebuah parti berbilang bangsa – layak mewakili semua kaum di Malaysia.

 

Antara sebab kenapa penulis mengambil keputusan untuk tidak mengulas soal debat antara DAP dan MCA adalah kerana penulis tidak bersetuju DAP berdebat dengan parti yang terang-terang berasaskan perkauman cina seperti MCA.

 

Itu hanya mengukuhkan lagi persepsi bahawa DAP adalah parti cina.  Seharusnya DAP berdebat dengan BN, baru kena dengan temanya – polisi.

 

Soal sudah ada di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat tampil menafikan pendedahan laman ini seperti YB Lim Kit siang dan YB Tian Chua, itu bukan masalah kepada penulis kerana ini politik, kadang-kadang memang ada keperluan untuk tidak mendedahkan sesetengah maklumat terlalu awal kepada umum.

 

Penafian adalah jalan terbaik.  Tapi itu hanya langkah sementara, bila masa yang sesuai tiba, penulis yakin kebenaran akan terdedah juga tapi diungkapkan oleh pemimpin yang lain pula, yang lebih layak mengulas mengenai polisi parti pimpinan masing-masing.

 

Tapi kalau dengan reaksi negatif ini Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasrat tersebut, adakah ia akan melegakan banyak pihak dan menjamin kemenangan Pakatan Rakyat?  Yakin dan percayalah yang anda silap.

 

Tindakan seumpama itu menunjukkan Pakatan Rakyat juga terikat dengan politik perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC.  Tambah memburukkan keadaan, imej DAP sebagai parti berbilang kaum terbukti tidak boleh diterima, waima di kalangan penyokong Pakatan Rakyat sendiri.

 

Politik perkauman ini hanya terpakai di dalam BN, tidak di dalam Pakatan Rakyat.  Setiap parti layak untuk bertanding di mana-mana kawasan pun, tidak kira kawasan itu majoriti orang Melayu atau orang cina, waima orang Iban dan Dayak sekalipun.

 

Tapi kelebihan memihak kepada DAP kerana ada maklumat menunjukkan parti itu mempunyai kelebihan untuk menawan 100% undi cina, 50% undi India, sebagai tambahan kepada undi melayu dari penyokong PKR dan PAS.  Bayangkan 100% undi cina berpihak kepada Pakatan Rakyat, bukankah itu bagus?

 

Memang DAP selayaknya bertanding di 90 kawasan parlimen dalam pilihanraya akan datang.

 

sumber : www.suarapakatarakyat.com

 

No comments:

Post a Comment