Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, July 10, 2012

DAP Lancar Protes anti-Khalid, Double Standard Isu Faekah

Sekumpulan ahli-ahli DAP tidak puas hati dengan cara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengendalikan isu Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.

Mereka berkumpul di sebuah restoran di Klang memprotes cara pengendalian Abdul Khalid yang disifatkan double standard berbanding dengan tindakan yang dikenakan ke atas Ahli Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock dua tahun lalu.

"Tee dipecat selepas dia didapati menggunakan kepala surat pejabat Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu sebagai surat sokongan kepada pelbagai syarikat , salah satunya syarikat yang dimiliki oleh anak Tee," lapor thestar.

Tee juga hadir dalam protes anti-Khalid semalam.

Sebelum ini Faekah dilaporkan telah mempengaruhi syarikat yang mempunyai perkaitan dengan kerajaan negeri untuk melantik panel penasihat undang-undang sebuah firma tertentu.

Beliau telah didakwa menggunakan kepala surat pejabat Menteri Besar untuk menyokong firma undang-undang, di mana anak saudaranya dilaporkan mempunyai kepentingan.

Mempertahankan setiausaha politiknya, Abdul Khalid berkata bahawa tidak salah bagi pegawai-pegawai kerajaan untuk mengemukakan surat sokongan kepada mana-mana GLC negeri.

"Jika Tee dihukum kerana melanggar kod etika, kenapa tidak pecat Faekah ? Mereka melakukan perkara yang sama," kata Setiausaha DAP Klang, Teh Teong Guan.

"Mengapa tiada siasatan terhadap surat sokongan Faekah kepada syarikat yang berkepentingan kepadanya ?

"Adakah MB masih ingat tentang apa yang telah diperkatakan berkenaan mempraktikkan transperan dan akauntabiliti dalam mentadbir kerajaan negeri tanpa berkompromi siapa yang melakukan kesalahan kuasa ?," soalnya.

Sambil berkata sikap double standard Abdul Khalid itu telah menimbulkan kemarahan akar umbi DAP, Teh menuntut penjelasan terperinci tentang isu tersebut.

"Kami mahu MB, sebagai pemimpin kerajaan negeri, untuk mengadakan penjelasan bergerak terhadap isu itu, datang membersihkan dan membaiki kerosakan yang telah dilakukan terhadap reputasi saya,"katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie seperti dilaporkan New Straits Times tetap bertegas dengan pendiriannya mahu Faekah disiasat dan dikenakan tindakan dalam isu tersebut.

Shuhaimi dilaporkan memetik kes-kes terdahulu yang membabitkan dua ahli Majlis Perbandaran Klang yang telah dipecat kerana mengeluarkan surat sokongan, iaitu Tee Boon Hock dan Hamidah Mat Som, pada tahun 2010.

Katanya Abdul Khalid cepat bertindak terhadap kes-kes lain di mana ahli keluarga pegawai kerajaan negeri yang terlibat dalam projek kerajaan negeri, tetapi tidak begitu apabila ia melibatkan seseorang dari pejabatnya yang telah menyinggung ramai orang, termasuk beberapa orang dalam PKR.

No comments:

Post a Comment