Tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) SUARAM yang menaburkan fitnah dengan mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembelian kapal selam Scorpene dan Altantuya Shaariibuu dipersoalkan pada Isnin oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim.
Menurutnya, banyak kemusykilan dan keraguan berhubung dakwaan SUARAM yang kata beliau dibuat tanpa bukti dan merupakan satu pembohongan.
"Mereka dakwa Altantuya seorang jurubahasa, tapi kita tahu mendiang cakap Perancis pun tak tahu. Macam mana nak jadi jurubahasa malah beliau tidak pernah ke negara itu. Ini disahkan Imigresen Perancis bahawa tiada rekod antara 1999 hingga 2006, Altantuya ke sana," ujarnya.
Bercakap kepada Agendadaily di Parlimen, bekas pemimpin PKR Pulau Pinang itu berkata, semua itu adalah reka cipta yang diketengahkan SUARAM.
Menurut Zahrain, Abdul Razak Baginda mengenali Altantuya pada 2004 manakala perjanjian membeli Scorpene dengan Malaysia pada 2002.
"Razak mengaku ada hubungan dengan Altantuya pada 2004 tetapi tidak ada kemungkinan kaitkan mereka, Scorpene dengan Najib," katanya.
Katanya, hubungan Razak dan Altantuya adalah soal peribadi mereka.
"Bila ada pihak kata Najib terlibat tetapi tak ada bukti. Ada gambar Najib, Razak dan Altantuya tetapi ramai tahu ianya super impose yang dilakukan Tian Chua, ahli parlimen Batu sekarang,".
"Orang macam itu boleh buat rekaan dan dimainkan blog serta media. Saya hairan tak ada tindakan. Bagi saya ini satu kerja kotor dilakukan Ketua Pembangkang," katanya.
Zahrain mengimbas kembali bagaimana kerja kotor ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin ketika jadi peguam membela salah seorang dari dua pegawai polis yang dituduh membunuh Altantuya mencipta akuan bersumpah untuk menyatakan penglibatan Najib.
"Kita nampak itu satu rekaan buruk dan percaya mahu jatuhkan Najib. Apabila Zulkifli tolak dan tidak terlibat, ketua pembangkang itu gunakan badan lain untuk mempromosikan dusta dan fitnah termasuk menggunakan SUARAM," katanya.
Beliau bertanya peranan SUARAM sama ada sebagai NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau AGO (Pertubuhan Anti Kerajaan).
Zahrain mendakwa tahu siapa dalang di sebalik pembohongan SUARAM.
Sambil mempersoalkan dari mana dana SUARAM perolehi untuk tubuh tribunal dan peguam berhubung isu Scorpene, beliau mahu pertubuhan itu menuntut maaf daripada rakyat
No comments:
Post a Comment