Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, June 26, 2012

Salahudin Ayub Minta Polis Siasat Video Seks Anwar Ibrahim & Azmin Ali ?

APA maksudnya kenyataan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub bahawa PAS tidak bermasalah malah mengalu-alukan, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung akaun RM 3 billion seperti di dakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid?

 

Adakah itu bermaksud Salahudin juga mengalu-alukan polis menyiasat video seks yang dikaitkan dengan Anwar dan YB Azmin Ali walaupun kita semua tahu semua itu adalah fitnah yang sengaja dibuat untuk menjatuhkan imej dan maruah kedua pemimpin PKR terbabit?

 

Alasan Salahudin bahawa 'alu-aluan' itu ada kena mengena dengan kesediaan PAS membiarkan SPRM menyiasat Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung dakwaan rasuah haji, adalah alasan janggal yang tidak berkaitan sama sekali.

 

Janggal kerana umum mengetahui PAS tidak punya apa kuasa pun untuk menghalang sebarang siasatan dari dilakukan SPRM.  Justeru tidak timbul soal PAS membenarkan atau menghalang SPRM dari meneruskan siasatan ke atas Nik Aziz.

 

Selain dari hakikat bahawa Nik Aziz tidak seperti Anwar yang sering menjadi tumpuan finah parti lawan untuk menjatuhkan karier politik beliau sejak mula dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

 

Kalau boleh dikatakan disini juga,  apa pun siasatan yang dibuat oleh SPRM ke atas Nik Aziz adalah berasaskan fakta sementara siasatan dan dakwaan ke atas Anwar adalah berasaskan fitnah dan pembohongan.

 

Justeru penulis tidak nampak apa justifikasi Salahudin mengeluarkan kenyataan seumpama itu selain dari bertujuan untuk menggalakkan lagi serangan berbentuk peribadi secara berterusan ke atas Anwar.  Dalam masa yang sama memperlihatkan keangkuhan Naib Presiden PAS itu yang jelas tidak menghormati Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

 

Kalau Salahudin tidak berpuas hati sekalipun kerana dipindahkan dari kawasan selamat PAS di Kelantan ke Johor dalam pilihanraya akan datang, tidak sewajarnyalah beliau menunjukkan protes dengan menjadikan Anwar sebagai punching bag untuk melepaskan kekecewaannya.

 

Penulis ingin mengingatkan Salahudin, Anwar sedang melalui satu fasa yang amat kritikal.  Pilihanraya akan datang dan soal pembahagian kerusi yang masih tidak selesai merupakan masalah yang perlu diselesaikan segera dan secara bijaksana.  Seharusnya dalam tempoh yang kritikal ini, Anwar tidak diganggu dengan apa-apa siasatan atau kenyataan yang menggalakkan beliau disiasat.

 

Kalau Salahudin mempunyai kebijaksanaan dan keupayaan yang sama seperti Anwar, dipersilakan untuk mengambil alih sementara Anwar membiarkan dirinya disiasat.

 

Selain dari itu, sebaiknyalah Salehudin diam dan mengelakkan dirinya dari dipengaruhi dengan pelbagai dakyah dan tohmah mengenai Anwar yang rancak dimainkan media pro kerajaan sekarang.

 

Sumber : www.suarapakatanrakyat.com

 

 

1 comment:

  1. Bagaimana dgn kes Tabung Anak Yatim Memali...kes Tak basuh mulut lepas menjilat bini orang..kes Hentam dalam gerabak keretapi di station Tumpat..Kes menantu Nik Aziz kes Nik Aziz disogok Umrah olih kontraktor ...Kes kes tersorok MB kelantan...Dinar...bela kambing...

    ReplyDelete