Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, June 5, 2012

'Salah Akidah' adalah 'Murtad'. Tuduhan Nik Aziz Terhadap BN amat Berat

Akibat kejahilan ramai umat Islam Malaysia yang taksub terhadap Nik Aziz, ramai yang telan bulat-bulat dengan apa yang dia katakan.

Apa yang diungkapkan umpama wahyu tanpa boleh disanggah, manakala arahan Nik Aziz adalah perintah yang wajib ditunaikan.

Banyak ungkapan kata-kata Nik Aziz tanpa dia dan penyokong taksubnya sedari telah membuka 'pintu fitnah'. Terlalu panjang utk disenaraikan tetapi ramai yang jadi taksub dan hilang kewarasan. Antaranya termasuk Nizar Jamaluddin.

Berbalik kpd topi utama, Akidah bermaksud ikatan. Utk umat Islam ianya bermaksud 'Ikatan antara kita dengan Allah'. Ianya adalah elemen terpenting kerana terpesongnya (Salah) Akidah boleh membawa kepada Syirik dan Murtad.

Sekali lagi Nik Aziz dengan mudah menuduh BN yang sebagai 'Salah Akidah' sebagaimana seruan dia untuk 'PAS bersama Syaitan' sebelum ini.

Saya secara marah dengan tuduhan melampau Nik Aziz tetapi jauh disudut hati merasa kasihan melihat kenyanyukan dirinya. Kenyataan sedemikian rupa bukan sahaja SESAT bahkan menyesatkan umat Islam.

Memang benar jangan kita pisahkan Politik dari Islam tetapi Nik Aziz & PAS jelas mengamalkan politik Islam amalan golongan Khawarij.

1 comment:

  1. subahanallah.... dah akhir zaman, mcm2 yg ada

    ReplyDelete