Apa yang penulis nak katakan, impak dari perletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai CEO pejabat Penasihat Ekonomi tidaklah sehebat mana pun. Tapi kesan yang paling besar ialah, tindakannya itu telah meletakkan PKR dalam masalah yang besar.
Bila PKR masalah, Pakatan Rakyat ikut bermasalah sama.
Rafizi Ramli bukan isunya, isunya ialah tuduhan yang mengatakan perletakkan jawatan ini membuktikan perpecahan berlaku dalam PKR, itu yang jadi masalah. Graviti kepada tindakan Rafizi ini boleh dilihat bila Perdana Menteri Najib sendiri mengulas hal tersebut dan kaitannya dengan perpecahan dalaman PKR.
Sudah tentu bila Najib sendiri mengulas, minatnya bukanlah kepada jawatan CEO yang bergaji sekitar RM 25,000 sebulan itu, tapi lebih kepada PKR sebagai tunjang kekuatan Pakatan Rakyat.
Adakah Rafizi sedar semua ini?
Baru sahaja tidak beberapa lama dia diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Pandan – yang pertama seumpamanya dalam pilihanraya umum yang akan datang, sekarang dia sudah buat hal. Kenapa tidak dilakukan perletakkan jawatan ini secara senyap-senyap, kenapa mesti melalui Twitter?
Nak semua orang tahu ke, nak kena pujuk ke, nak kena pegang kaki ke? Kalau itulah harapan Rafizi, penulis boleh katakan, lupakan sahaja. Tidak semua dalam PKR, malah penulis berani mengatakan disini bahawa majoriti dalam PKR cukup gembira dengan perletakkan jawatan ini.
Malah mereka lebih gembira lagi kalau Rafizi turut melepaskan jawatan lantikan sebagai Pengarah Strategi PKR itu. Chegubard pada bila-bila masa boleh mengisi jawatan tersebut. Apatah lagi beliau lebih lama berjuang dalam parti dan banyak kejayaan sebagai bukti.
Sedangkan Rafizi, apa jasanya yang hebat sangat? NFC?
Tahukah Rafizi, sebaik SPRM mengumumkan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil tidak terlibat dengan NFC, keseluruhan kes tersebut, dari segi politiknya, runtuh sama sekali. Di tambah pula dengan tindakan Rafizi mendorong seorang kakitangan Public Bank untuk melanggar BAFIA dengan menyerahkan maklumat kewangan NFC kepadanya, lagilah hancur kes itu.
Bercakap tentang melanggar BAFIA ini, isunya ialah, Rafizi sebagai akauntan bertauliah (diiktiraf oleh MIA – Malaysia Institute of Accountant), tidak tahu tentang kepentingan melindungi maklumat kewangan pelanggan seperti diperuntukkan BAFIA?
Rafizi tentu tahu, kalau maklumat berkenaan penting sangat, ia boleh diperolehi dengan mendapatkan perintah mahkamah, bukan dengan menggadaikan masa depan kerani bank yang telah berkhidmat lebih 20 tahun!!
Semua ini tidak masuk akal sama sekali dan selayaknya MIA menarik semula pengiktirafan mereka terhadap Rafizi.
Maaflah kalau penulis tidak sependapat dengan ramai orang dalam hal ini, tapi penulis tidak sahaja duduk dalam kepompong yang sama setiap kali, ada masanya penulis keluar dari kepompong itu dan melihat sendiri apa sebenar yang berlaku dibawah ini.
Apa sekalipun Rafizi bukanlah satu impak yang besar, dia hanya umpama titik kecil dalam peta yang boleh dipadamkan pada bila-bila masa. Tapi selagi namanya dikaitkan dengan PKRm sebagai Pengarah Strategi, selagi itulah titik yang kecil ini boleh merebak menjadi tompok yang dahsyat.
PKR memerlukan Pengarah Strategi yang tulen, tidak setakat bergantung kepada penipuan dan pembohongan yang dijelaskan di atas untuk menjayakan 'strategi' yang konon-kononnya hebat sangat itu dan menyeret parti bersama-sama dengannya.
Rafizi, demi parti dan Pakatan Rakyat, letaklah jawatan.
No comments:
Post a Comment