Minda Hijrah Headline Animator

Friday, June 22, 2012

Krisis Khalid Ibrahim & Azmin Ali : Pro-Rakyat pertahan Faekah, gesa henti spekulasi

Tiga individu daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat (Pro-Rakyat) semalam, tampil menggesa ahli Pakatan Rakyat (PR) menghentikan spekulasi berhubung isu desakan memecat Faekah Husin daripada jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Agungnya, Mohd Naquib Carmeil berkata, beliau menyokong sepenuhnya Faekah yang memegang jawatan tersebut dan menolak sebarang usaha untuk menjatuhkannya.

Katanya, beliau difahamkan kempen mendesak Faekah dipecat adalah gerakan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tertentu dan tidak menolak kemungkinan ia didalangi ahli parti PKR sendiri.

"Kami menolak sekeraskerasnya sebarang usaha untuk menyingkirkan Faekah kerana dia adalah seorang yang berdedikasi dan tegas dalam menjalankan tugasnya.

"Kami menyokong sepenuhnya Faekah dan ia (kempen pecat Faekah) mungkin berpunca daripada tindakan pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya," katanya yang menjelaskan kenyataannya pada sidang media di kafetaria bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, semalam.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ketua Penerangan Pro-Rakyat, Ahmad Tarmizi Sulaiman dan ahli Exco, Abdul Halim Abdullah.

Mohd Naquib berkata, Faekah layak memegang jawatan tersebut dan percaya dia tidak pernah melangkaui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun kerap mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu isu.

Menurutnya, kenyataan dibuat Faekah membuktikan beliau individu berani.

"Jadi kami minta semua pihak untuk menghentikan spekulasi berhubung isu ini.

"Mungkin ada komplot pihak-pihak tertentu sama ada dari dalam atau pun musuhnya yang tidak berpuas hati dengannya," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kontroversi gerakan menjatuhkan Faekah bermula di Twitter #kamisayangpkr dan #pecatfaekah kini semakin hangat diperkatakan.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, enggan mengulas dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan gerakan itu.

Sumber Sinar Harian

No comments:

Post a Comment