Khalid berkata, beliau mahu mencabar penggunaan peruntukan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 oleh UiTM dalam mengenakan tuduhan ke atasnya.
Khalid, 22, dibicarakan Jumaat lalu oleh Lembaga Tatatertib UiTM dan dijatuhkan hukuman digantung pengajian selama tiga semester bermula sesi akademik September ini.
Sebahagian tuduhan ke atas itu berkait dengan tindakannya ketika demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Saya akan teruskan perjuangan saya di mahkamah agar Akta 174 ini (Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976) dimansuhkan. Sama seperti perjuangan mahasiswa untuk hapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) satu ketika dulu," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Dua tahun lalu, empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membawa kes mereka ke mahkamah dengan mencabar Seksyen 15 Auku.
Keputusan mahkamah memihak kepada keempat-empat penuntut itu dan kerajaan sedang membuat rayuan.
Malah keputusan itu juga telah menjadi titik tolak kepada pindaan Auku baru-baru ini, sekali gus membolehkan pelajar-pelajar aktif berpolitik.
Pindaan itu dituntut oleh kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang.
Sehubungan itu Khalid berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pada Selasa ini.
"Saya mempunyai rancangan saya sendiri. Bagaimanapun segala keputusan akan dibuat sebulat suara bersama SMM terlebih dahulu. Saya perlu bincang dan keputusan akan dibuat bersama ahli SMM," katanya.
Beliau juga merasakan keputusan Jumaat lalu berat sebelah kerana percaya masih ramai lagi mahasiswa UiTM lain yang aktif berpolitik tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan.
Khalid, mengikut tuduhan pertama, didakwa tidak hadir kelas selama dua minggu berturut-turut dan dikenakan hukuman tidak dibenarkan mengambil peperiksaan dalaman semester ini manakala di bawah tuduhan kedua pula, Khalid didakwa menerbitkan unsur-unsur ugutan menerusi Facebook. Selain itu, Khalid juga dituduh menghina isteri Perdana Menteri.
Di bawah tuduhan kedua dan ketiga, Khalid dikenakan hukuman masing-masing membawa hubung digantung pengajian satu dan tiga semester. Hukuman itu berjalan serentak.
BIAR PI KAT DIA LAH....SEPATUTNYA DIA JANGAN DIBENARKAN MASUK SEJAK AWAL LAGI. UiTM TIDAK MEMERLUKAN PELAJAR YANG BIADAP DAN KURANG AJAR UNTUK BELAJAR DI SITU. ITU BARU PENUNTUT SUDAH BERANI LANGGAR UNDANG2 KALAU DAH JADI LAWYER AGAKNYA APA SAJA SANGGUP DIA BUAT....
ReplyDeleteSaya nasihatkan Khalid Ismath cari lah IPTS yang sudi menerima anda untuk sambung belajar
ReplyDeleteAlhamdulillah gugur sebutir lagi permata bumiputra yang mensia siakan pengajian di peringkat tinggi , saya nasihatkan kamu usahlah ikutkan darah muda kerana kelak memakan diri, jangan terpengaruh dengan politik kerana di satu masa kelak kamu akan di lupakan begitu saja. Kalau kamu benar benar handal habiskan pengajian kamu itu , mungkin ibu bapa kamu ta kisah dengan kejadian ini kerana mereka juga mungkin ta sukakan kerajaan. Tapi tindakan kamu tempohari amat memalukan ugama dan bangsa , cuba kamu tengok bangsa asing walaupun dia ta suka kan kerajaan [ memang sejak dari dulu , tapi mereka akan gunakan melalui peti undi bukan nya terloncat loncat ataupon terjerit macam jantan hilang betina , rasa nya kalau di bandingkan otak kamu dengan otak mereka aku rasa otak mereka MUCH MUCH MUCH brilliant than yours. Otak kamu otak udang , kamu tahu otak udang memang sedap hanya untuk orang bodoh aja yang makan. Kamu sebenar nya hanya menjadi alat politikus politkus yang tamak kuasa. Percaya lah . Sayang ....sayang...seribu sekali sayang. Jamgam jadika anuar ibrahim sebagai role model kamu , cuba jadikan mahathir sebagai role model kamu , walaupon mahathir tu terlalu teruk tapi dia maseh sayangkan bangsa , ugama dan negara nya sendiri [ walaupon dia berasal dari kerala ] see how he squeeze the american balls not just be a pupet to american as what anuar is going to do
ReplyDelete