Minda Hijrah Headline Animator

Friday, June 8, 2012

Kapal Selam Scorpene: Zahid Hamidi nafi Rahsia Tentera dijual

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan ada maklumat ketenteraan dan rahsia pertahanan negara dijual kepada pihak asing.

 

Sambil menganggap dakwaan itu sebagai tidak berasas, beliau berkata, pihaknya tidak menemui bukti berlaku penjualan maklumat spesifikasi kapal selam Scorpene milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada sebuah syarikat Perancis.

 

"Tiada bukti menunjukkan kejadian ini berlaku. Bagaimanapun, saya beri jaminan kita akan siasat secara terperinci jika terbukti berlaku kegiatan itu kerana ini membabitkan keselamatan negara," katanya semalam.

 

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Azmin Ali yang mendesak siasatan segera oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penjualan maklumat spesifikasi kapal selam itu kepada sebuah syarikat Perancis.

 

Azmin merujuk dakwaan Suara Anak Malaysia (SUARAM) mengenai penjualan dokumen sulit mengandungi butiran terperinci, termasuk penilaian kemampuan kapal selam itu pada harga RM142 juta oleh sebuah syarikat tempatan yang didaftarkan di Hong Kong.

 

Ahmad Zahid berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung penjualan dokumen rahsia kepada syarikat luar seperti didakwa.

 

"Bagaimanapun, memang ada dikesan maklumat itu keluar (dari Malaysia) namun kita sedang memantau perkembangannya," katanya.

 

Ahmad Zahid turut menganggap tindakan pembangkang mendedahkan maklumat rahsia kerajaan dan pelbagai isu sensitif sebagai lumrah biasa untuk menagih perhatian rakyat.

 

"Dia (Azmin) sebelum ini mendakwa memiliki berkotak-kotak fail sulit kerajaan dan tunggu masa untuk mendedahkannya. Sudah bertahun-tahun berlalu, mana pergi semua fail itu? Kenapa sampai sekarang tidak dedahkan?" katanya.-

 

Sumber : Berita Harian

1 comment:

  1. Dulu bagai nak rak tuduh itu ini pada Najib mengenai scorpene ni. Bila dah terbongkar yang semua tu hanyalah fitnah dan pembohongan, mulalah rayu agar jangan kaitkan SUHARAM JADAH dengan Fuckatan.... memang perangai macam Yahudi Al-Juburi...!!!!

    http://suarapakatanrakyat.com/2012/06/kapal-selam-penipuan-suaram-tidak-ada-kaitan-dengan-pakatan-rakyat/

    ReplyDelete