Isu K-Pop: Pas hipokrit, kata Menteri
Pas digesa memberi penjelasan berhubung sikap 'double standard' yang ditunjukkan oleh parti tersebut terhadap isu tarian ala K-Pop pada Majlis Makan Malam PKR, Bertam Nite di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sikap hipokrit kepimpinan parti Islam itu, yang hanya mengkritik persembahan K-Pop pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya tempoh hari mencerminkan ia tidak konsisten memperjuangkan agama tersebut.
"Sikap pilih kasih Pas yang tidak menegur sekutunya, PKR dalam mengadakan konsert seksi pada majlis makan malam itu menunjukkan parti tersebut hipokrit dalam perjuangan Islamnya.
"Ini bukan kali pertama Pas begini, sebelum ini pun parti itu telah mengeluarkan pelbagai peraturan dan 'fatwa' yang berubah-ubah.
"Ini termasuk menyatakan bahawa suara adalah aurat bagi wanita dan mereka enggan menghantar qariah mereka pada mana-mana tilawah sebelum ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.
Namun, kata beliau, kini mereka meletakkan lebih banyak calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya dan terbaru, menggunakan penyanyi terkenal untuk menyanyi pada majlis-majlis mereka.
Jelas Shabery, sikap 'double standard' dalam itu berkenaan perlu diperjelaskan oleh kepimpinan Pas kerana ia telah menimbulkan jutaan persoalan dalam kalangan rakyat yang meluahkan isi hati mereka dalam media sosial masing-masing.
Tegasnya, sikap berdiam diri beberapa pemimpin Pas yang hadir pada Bertam Nite itu turut menunjukkan parti itu hanya mempergunakan isu pada Himpunan Jutaan Belia demi kepentingan politik mereka semata-mata, bukannya untuk menegakkan perjuangan Islam mereka.
"Sekiranya mereka benar memperjuangkan apa yang mereka katakan sebelum ini, mereka perlu tampil dan meminta maaf kerana sikap berdiam diri mereka mengelirukan umat Islam lain. Saya pun meminta maaf sebelum ini," katanya.
Katanya, sungguh jelas pakaian penyanyi yang dipanggil membuat persembahan malam itu lebih seksi berbanding persembahan artis Korea pada Himpunan Sejuta Belia itu.
PKR menyediakan persembahan istimewa untuk ahli dan tetamunya pada majlis makan malam parti itu di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai.
Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman itu mempersembahkan tarian tiga gadis yang memakai skirt pendek.
Pertunjukan tarian seksi ala K-Pop itu mengejutkan kerana ia turut dihadiri beberapa pemimpin Pas tempatan dan ahlinya. - Sinar Harian

No comments:
Post a Comment