Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, June 10, 2012

Himpunan Skuad Muda KDN #we1Peace di UPM bersama DS @HishammddinH20

Saya bersama rakan blogger APA bertolak dari Ampang ke UPM Serdang untuk menghadiri Majlis Himpunan Skuad Muda yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition ParkSerdang (MAEPS). Ianya akan disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri DS Hishammuddin Tun Hussein dalam jam 10 pagi nanti.

Beberapa persembahan sedang berlangsung seperti persembahan pancaragam oleh RELA dan persembahan Tri-baton oleh Jabatan Pertahanan Awam yang cukup menarik minat mereka yang hadir dari seluruh Malaysia hari ini.

Banyak acara-acara yang menarik disajikan seperti termasuk aktiviti persembahan artis/kombo agensi2 dan Jabatan dan aktiviti lasak sehingga lewat petang ini.

Apa yang menarik perhatian saya adalah penyertaan anak-anak muda dari pelbagai bangsa dan latarbelakang pendidikan. Ramai dikalangan Mahasiswa yang menyertai pasukan berseragam juga turut hadir antaranya dari UiTM & UKM.

Sesiapa yang ada kelapangan, boleh hadir di UPM-MAEPS serdang sepanjang hari ini hingga petang.

Laporan lanjut menyusul.

No comments:

Post a Comment