Punca utamanya ialah kerana kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diserang saban hari oleh pakatan pembangkang tidak menunjukkan sebarang hasil.
Ini amat mengecewakan Anwar dan kuncu-kuncunya di dalam Pakatan Rakyat.
Mereka mengharapkan kerajaan BN akan semakin lemah dan sokongan terhadap terhadap Perdana Menteri pula bertambah menurun.
Apa yang berlaku ialah sebaliknya; sokongan rakyat kepada pimpinan Datuk Seri Najib menunjukkan lonjokan yang memberangsangkan, malah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh beliau semuanya diterima baik oleh setiap peringkat masyarakat.
Anwar mahu melihat rakyat memboikot program-program anjuran kerajaan tetapi apa yang berlaku rakyat semakin menaruh keyakinan terhadap keikhlasan kerajaan membantu meringankan bebanan hidup mereka terutamanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar kini.
Anwar pening kepala bagaimana hendak berdepan dengan populariti BN dan Perdana Menteri yang sudah pulih dan semakin meningkat semenjak pilihan raya umum 2008 dahulu.
Parti pimpinannya dalam keadaan kucar kacir; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sedang dalam siasatan kerana didakwa memiliki harta, wang tunai dan aset yang jauh lebih besar daripada kemampuannya sebagai Setiausaha Sulit kepada Anwar satu ketika dahulu.
Rakyat biasa pun boleh membuat kesimpulan sendiri bagaimana Azmin yang bergaji kira-kira RM2,400 sebulan boleh mengumpul khazanah menimbun melebihi RM30 juta.
Itu harta yang diketahui, bagaimana pula dengan aset lain yang disembunyi?
Kalau anak buah pangkat rendah sudah boleh menjadi hartawan setakat menjadi setiausaha sulit, bagaimana pula simpanan harta bosnya pula?
Anwar juga pening memikirkan masa depan politik anaknya, Nurul Izzah di Lembah Pantai.
Sejak memenangi kerusi parlimen itu empat tahun lalu tidak banyak kemajuan yangg di bawa oleh Nurul Izzah di Lembah Pantai yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu.
Semua pembangunan yang wujud di kawasan itu samada projek pembinaan perumahan rakyat PPR, gerai serta kedai bagi peniaga kecil semuanya diperjuangkan oleh Menteri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai.
Nurul Izzah gagal sebagai wakil rakyat kerana tidak ada bukti sedikit pun beliau membawa sebarang pembangunan di situ.
Hakikat pahit bahawa Nurul Izzah hanya pandai cakap kosong tetapi gagal menjalankan tugasnya disedari oleh Anwar.
Bagaimana pun perasaan kasih sayang terhadap seorang anak tetap menyebabkan seorang ayah akan melakukan apa sahaja untuk memyelamatkan karier anaknya itu.
Kira-kira dua bulan dahulu, semasa Anwar berceramah di Nibong Tebal, pernah beliau membayangkan kerusi itu akan ditandingi.
Sebenarnya niat Anwar ialah untuk melihat respons penyokong PKR di situ samada bolehkah Anwar menghantar Nurul Izzah untuk bertanding di Nibong Tebal pada PRU-13 akan datang.
Ini kerana beliau melihat PKR akan kalah di Lembah Pantai, lebih-lebih lagi jika Nurul Izzah terus menjadi calon di situ.
Pengundi Lembah Pantai menunjukkan arus sokongan yang positif terhadap Raja Nong Chik dan kemungkinan beliau akan menang besar jika dicalonkan di kawasan itu.
Nibong Tebal diwakili oleh ahli parlimen Tan Tee Beng yang menjadi salah satu anak muda 'kesukaan' Anwar, sebelum ia meninggalkan PKR menjadi anggota bebas.
Untuk menyelamatkan anaknya, kemungkinan Anwar akan meletak Nurul Izzah di kerusi parlimen itu.
Apa hal pun Anwar mesti selamatkan keluarga dan kepentingannya dahulu sebelum memikirkan hal parti dan pemimpin PKR yang lain.
No comments:
Post a Comment