Fuziah Salleh adalah wakil rakyat PKR yang bernasib baik memenangi kerusi Parlimen Kuantan kerana undi protes.
Mula mempopularkan dirinya kerana penentangannya terhadap projek Lynas di Gebeng walaupon kawasan itu dikatakan terletak di bawah parlimen Indera Mahkota dgn wakil rakyatnya ialah YB Azan dr PKR juga. Ada khabar angin mengatakan bahawa Fuziah Salleh 'teringin' kerusi Parlimen Indera Mahkota yang lebih selamat dr Parlimen Kuantan.
Laporan PSC tentang isu Lynas telah dibentang di Parlimen hari ini. Sudah tentu wakil rakyat yang dipilih akan berada di Dewan rakyat bagi membahaskan isu ini terutama sekali wakil rakyat Kuantan yang cuba menjadi Jaguh dalam isu Lynas.
Malangnya itu semua tidak berlaku. Fuziah Salleh dengan selamba memberitahu dia kini berada di LONDON ! Atas ALASAN lawatan sambil belajar.
Apa ni? Fuziah Salleh ingat amanah yang dipikul itu main-main? Apakah Fuziah Salleh merasakan dirinya HEBAT sehingga mempersetankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan pergi ke London?
Adakah dia lupa bahawa gaji & elaun yang diperolehi sebagai wakil rakyat Kuantan untuk meWAJIBkan dirinya menghadirkan diri di Dewan Rakyat?
Apa-apa pun alasan yang dikemukakan, Fuziah Salleh nampak langsung tidak serius mahu menjadi wakil rakyat. Mungkin lebih seronok 'melencong' ke London dari duduk di Parlimen.
Tolak Fuziah Salleh wakil rakyat PKR yang munafik. Cakap tak serupa bikin. Bacul bertarung di gelanggang yang sepatutnya. Ibarat Ayam jantan kuat berkokok, rupa2nya ekor bergelumang najis.
Seronok betul Fuziah Salleh berjalan-jalan sambil belajar di London yer.
No comments:
Post a Comment