Minda Hijrah Headline Animator

Friday, June 22, 2012

EDISI BONGKAR - Wan Azizah Mahu Singkirkan Azmin Ali?

PENULIS difahamkan, keretakan yang begitu banyak berlaku dalam PKR kebelakangan ini, dikatkan dengan 'kuasa wanita'.  Yang penulis maksudkan ialah Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah Ismail.

 

Ramai menyangkakan Wan Azizah tidak berfungsi sebagai Presiden PKR dan hanya menjadi bayang-bayang kepada kuasa yang sebenar iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga suaminya.

 

Sedangkan,  hakikat yang semua orang patut tahu, Wan Azizah masih lagi Presiden PKR yang dipilih secara rasmi. Jawatan itu dari segi hierakinya masih yang tertinggi dalam perlembagaan parti tersebut.  Jawatan Ketua Umum pun tidak disebut dalam perlembagaan PKR.

 

Oleh yang demikian, dari segi pengurusan parti dan undang-undang pertubuhan Malaysia, Wan Azizah masih lagi memegang kata putus atas kapasitinya sebagai Presiden PKR.

 

Justeru tidak hairanlah kenapa Wan Azizah dilaporkan begitu tidak senang dengan banyak tindakan Timbalannya, YB Azmin Ali kebelakangan ini yang sedikit sebanyak mengatasinya sebagai Presiden parti.

 

Tidak senang yang bukan kecil dari segi bahasa semata-mata, tapi dikhabarkan ia menyebabkan Wan Azizah mencari jalan untuk menyingkirkan Azmin dari PKR.

 

Penulis secara peribadi tidak terkejut dengan perkembangan terbaru ini.

 

Selain masalah peribadi yang timbul sebelum ini mengaitkan isteri Azmin, Shamsidar Taharin dan Anwar, perbalahan terbuka Azmin dengan pemimpin PKR yang diketahui rapat dengan Wan Azizah seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Politik Khalid, Faekah Hussin kebelakangan ini sangat tidak disenangi Wan Azizah.

 

Ramai tidak tahu bahawa sebelum menjadi Setiausaha Politik Khalid, Faekah adalah Setiausaha Sulit Wan Azizah sebagai Presiden PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.  Selepas Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi jalan kepada Anwar pada Ogos 2008, Faekah dipindahkan secara rasmi ke pejabat Menteri Besar Selangor.

 

Malah Faekah adalah individu yang bersama-sama dengan Wan Azizah ketika kereta beliau nyaris ditimpa kemalangan dalam satu kejadian di Terengganu pada 2011.  Kejadian itu dikaitkan dengan cubaan sabotaj.

 

Semua ini sekadar menerangkan betapa rapatnya Faekah dan Wan Azizah dan Faekah pula sedang menjadi sasaran kecaman Azmin Ali secara terbuka.

 

Apa sekalipun penulis meminta agar kedua-dua pihak yang bertelagah kembali semula kepada permulaan yang baik.  Semua perkara ini tidak sepatutnya berlaku sekarang ketika ramai pihak sedang menyiapkan diri untuk menghadapi pilihanraya, termasuk menangguhkan perjalanan ke tanah suci untuk membantu persiapan jentera parti.

 

Dalam masa yang sama, penulis juga meminta Anwar masuk campur dalam hal ini bagi mengelakkan keburukan yang lebih banyak berlaku.  Penulis yakin, ada orang yang mencucuk Wan Azizah supaya bertindak ke atas Azmin Ali.  Hanya Anwar sahaja yang mampu mengembalikan PKR seperti mana ia mula-mula ditubuhkan dahulu.

4 comments:

  1. Parti anak beranak, parti 69, parti president jadi kuda kayu, no kuasa, know nothing, dap pun part anak bearank, dulu meka yg kutuk tun M , pada hal ta ada pun anak tun M menjadi naib president atau sebagainya, pru13 pakatan akan bungkus, tanpa batu nisan..khasnya pkr ( parti koyak rabak ) pas ( parti panadol) logo pil sebenarnya..fikir2kan, renung2kan,

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Sekadar peringatan bagi yang terlupa."Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Al-Maa'idah-Ayat 8)
    Berhati-hati dalam 'posting' yang di paparkan kerana ianya kelak bakal dipersaksikan di padang mahsyar.

    ReplyDelete
  3. Azizah perlu berhenti berlakon dan buat pilihan....
    1.. Setia 100% dibelakang Anwar..sebab nanti duit yg banyak tu tak dapat kat Azizah..( Selama in disetia pasal tu...kalau tak dah lama cabut..)
    2.. Ambil sikap berbaik baik dan berkongsi kasih bang Nuar dgn madu madu nya...
    3.. Cari Badrul Amin pukul 3 pagi untuk kaunselling...
    4...Telephone Mat Sabu......

    ReplyDelete
  4. Hyisss belum lagi perintah malaysia dah porak peranda yu lah nuar ko kata macam macam apada amno , ha sekarang semua nya dah terpelanting kat muka kau , Kalau kau perintah malaysia aku rasa tangan kau dan telor kau pon akan di pulas oleh orang lain

    ReplyDelete