Minda Hijrah Headline Animator

Friday, June 29, 2012

BONGKAR: Gambar Altantunya di Perancis ternyata PALSU

Apabila pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantunya tidak pernah menjejakkan kaki di Perancis sepanjang tempoh urusan pembelian Scorpene dijalankan, pihak pembangkang PAS, PKR & DAP dengan bantuan pihak Yahudi menyebarkan gambar kononnya Altantunya ada di Perancis.

Malangnya bukan semua manusia yang bodoh termakan permainan politik kotor dengan mempermainkan individu yang telah mati. Jelas gambar itu telah diubahsuai (superimpose) semata-mata untuk menipu rakyat Malaysia.

Suaram, NGO yang menjadi barua PKR dibawah penyeliaan Tian Chua kini mungkin sedang merancang penipuan-penipuan yang mahu dilakukan setelah banyak kali pembohongan mereka dibongkarkan.

Semoga Allah melindungi pemimpin negara dan menyelamatkan rakyat Malaysia seluruhnya dari fitnah yang dilakukan oleh agen-agen Yahudi yang bergerak atas nama parti Politik.

5 comments:

  1. Mata dah kelabu, cermin pun kelabu jugak. Gambar pulak kececk.

    Bongkar le betul2. Kalau blog lain yang bongkar, bagi le link. Tunjukkan jugak blok pembangang yang siar gambar superimpose tu.

    Be a good reporter, ok! Selalu kena jawab Who? What? Where? When? Why? How?

    ReplyDelete
  2. Aik bila kene batang idung sendiri yang jelas bukti spt video chinadoll Anwar dan adegan jilat aiskrim azmin, dikatakan tipu. Yang nie memang jelas superimpose siap bukti polis perancis, tak mahu pula terima kenyataan. Apa cer?

    ReplyDelete
  3. Rocky! Baca apa yang aku tulis tu dua tiga kali. Faham betul2 apa maksud aku. Jangan asyik nak cannon saja. Kamu tu tuan tanah, nak orang datang baca, bagi peluang komen. So tak boleh nak tuduh orang atau buat kesimpulan secara melulu.

    Kalau kamu bijak, gian sangat nak kutuk pembaca yang kamu anggap musuh kat sini, at least find out siapa yang kamu nak kutuk. Aku bukan anonymous. Kalau kamu tak tau caranya, bagitau aku.

    Salah besar ke aku nak suruh kamu jadi good reporter?

    ReplyDelete
  4. Ulasan saya mengenai gambar:
    1. Kecil dan tidak jelas.
    2. Dah diperbesar pun tulisannya masih susah hendak dibaca.
    3. Makin diperbesar gambar makin kelabu.

    Jika benar gambar yang di atas itu asli, nyatakan tempat dan tarikh dan sedikit cerita sebagai latar belakang. Jika telah ada di internet, berikan link.

    Jika anda boleh tuduh gambar Altantuya disuperimpose ke atas gambar Eiffel Tower, orang juga boleh tuduh anda lakukan yang sama juga.

    Kita kunjung pula ke: http://badutrakyat.blogspot.com/2012/06/hot-news-altantuya-memang-berada-di.html

    Hujah yang mengatakan kepala Altantuya di letakkan kepada tubuh orang lain tidak kukuh, apa lagi bila ada dua tiga gambar Altantuya berpakaian serupa. Kecualilah kita boleh buat analisa saintifik mengatakan semua gambar itu diproses semula.

    Lihat pula: http://mediawangsamaju.blogspot.com/2012/06/najib-dalam-bahaya-hant-altantuya-mula.html

    Pada saya ini huraian yang terbaik dan patut dicontohi.

    Amenoworld di http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/menjawab-bloggers-umno-isu-gambar.html cuba meragukan kenyataan MWM dengan memasukkan gambar2 Gothic Cathedral Duomo tetapi jika kita buat search Cathedral itu dengan Google dan meneliti betul2, memang gambar yang dikemukan MWM ada di situ. Amenoworld gagal timbulkan keraguan, tetapi saya tak pasti MWM gunakan kesempatan ini untuk memperlekehkan Amenoworld.

    Ini cuma kajian singkat saya yang memakan masa 2 jam lebih. Mungkin saudara boleh buat lebih baik.

    ReplyDelete
  5. Gambar tu Rosmah yang bagi...

    ReplyDelete