Umpama menyorok di sebalik sehelai daun, semuanya tidak dapat disembunyikan lagi, malah makin terdedah satu persatu.
Nurkhairini Jumari, wartawan Sinar Harian dalam tajuknya, "Gerakan jatuhkan SU Politik MB Selangor serius?" mula memikirkan isu itu serius apabila Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie meminta agar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelesaikan kemelut itu.
Menurut Shuhaimi sepatutnya gandingan dua tokoh iaitu Azmin Ali, Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat, dan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, sebagai satu 'gerombolan meriam' ampuh untuk mara ke Putrajaya, namun ianya bercakaran sesama sendiri di tengah perjalanan.
"Namun, jika dalam perjalanan ini, ada satu dua 'meriam' yang dirasakan sudah uzur oleh kepimpinan, rosak dan hilang kekuatan semangat kebersamaan, elok sahaja digantikan dengan 'meriam' baru supaya matlamat menakluki Putrajaya tidak tersadai di sempadan.
"Tiba masanya untuk Ketua Umum melihat perkara ini," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Antarapos melihat kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor berpihak kepada Azmin apabila melaporkan "Tanpa menamakan Faekah, Shuhaimi berkata jika benar ada satu dua pegawai parti yang jelas mengkhianati mandat dan tidak menghayati kehalusan perjuangan parti, tindakan keras wajar diambil bagi memelihara keutuhan parti".
Shuhaimi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR menyifatkan keadaan semasa kurang "menyenangkan" ekoran beberapa kenyataan berhubung isu Faekah yang mempertikai kepimpinan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP).
Antara lain, Faekah berkata Azmin harus membuktikan kemampuannya untuk memastikan kemenangan bagi PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Shuhaimi turut mengingatkan Khalid dan Faekah bahawa semua kepimpinan di dalam organisasi negeri, baik Menteri Besar, anggota Exco apatah lagi Setiausaha Politik harus menghormati pendirian mahupun keputusan kepimpinan tertinggi parti.
"Dalam keadaan saya menghormati kuasa prerogatif Menteri Besar untuk melantik Setiausaha Politik, pandangan dan keputusan pimpinan parti jangan sekali-kali dipinggirkan kerana kerajaan negeri tertubuh atas penat lelah, jasa dan keringat akar umbi PKR yang berjuang bersama-sama rakyat lain untuk kemenangan rakyat," katanya.
Selain Shuhaimi, tokoh pro Azmin yang lain, termasuk Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid turut membidas Faekah yang disifatkan secara tidak langsung mereka mahu beliau dipecat.
Antarapos turut melaporkan Khalid Ibrahim secara sinis berkata beliau hanya mengguna pakai "formula" Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangani desakan supaya Setiausaha Politiknya, Faekah Husin dipecat.
Di sebalik kenyataan-kenyataan pemimpin PKR, termasuk Ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin menegur Faekah, Khalid mempertahankan SETPOLnya itu dan berkata beliau menggunakan pendekatan Anwar sendiri dalam menghadapi sebarang kemelut.
"Macam hal saudara Anwar, berapa banyak kes-kes yang dia lalui. Jawapan dia ialah pedulikan mereka (dan) berusaha untuk mencapai matlamat objektif utama. Jadi saya pun ikutlah dia. Pedulikan mereka dan berusaha untuk mencapai matlamat kita," kata Khalid.
Anwar sendiri sebelum ini dilaporkan pernah mengutus bekas Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali untuk menasihati Khalid supaya "melepaskan" Faekah. Usaha itu bagaimanapun gagal.
Khalid kini hanya berpaut kepada jawatan Menteri Besar setelah kedudukannya sebagai Pengerusi PKR Selangor diambil alih oleh Azmin pada tahun 2010.
Sejak itu "permusuhan" mereka menjadi lebih buruk dengan Faekah sendiri mempertikaikan keputusan Majlis Pimpinan PKR melantik Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR.
Zuraida sebelum ini berkata Faekah celupar dan harus ingat kepada jasa PKR yang membolehkan beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Khalid.
Melihat Khalid sudah mula menjawab isu Faekah, Azmin memberi warning kepadanya agar tutup mulut.
"Sebentar tadi saya telah menyatakan kepada YAB Datuk Menteri Besar pagi ini ialah tumpuan kita untuk menghadapi PRU13.
"Tumpuan di peringkat kerajaan negeri khususnya di Selangor sama ada PKR di negeri Selangor akan bersama-sama mendokong segala usaha ke arah itu," katanya ketika ditanya Antarapos.com di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Helme Hanafi, wartawan Agendadaily melihat pertembungan itu bakal berakhir dengan pemecatan Faekah sebagai SETPOL Khalid.
"Melihat kepada rancaknya gerakan 'pukul' Faekah kebelakangan ini, ramai ahli PKR tertanya-tanya berapa lM beliau boleh bertahan dari desakan supaya meletak jawatan. Umum tahu tidak ada sesiapa yang survive dalam PKR jika sudah berlaga angin dengan orang nombor duanya Azmin Ali.
"
"Mula-mula Ketua Penerangan PKR negeri buat kenyataan, kemudian ADUN-ADUN, kemudian Exco-exco pulak, kalau betul-betul Azmin nak Faekah 'berambus' ada banyak games dia boleh buat…" kata sumber tersebut.
Menurutnya, namun bukan senang Azmin mahu menghancurkan karier politik Faekah kerana di belakangnya adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Beliau (Faekah) sendiri sebelum jadi Setiausaha Politik Menteri Besar dikenali sebagai peneman setia Presiden Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail. Di mana ada 'Kak Wan' di situ ada Faekah dan bukan rahsia lagi Faekah yang tidak berumahtangga itu anggap anak-anak Anwar macam adik-adiknya.
"Hubungan akrab Faekah dan Kak Wan sekeluarga inilah yang banyak dicemburui orang, khabarnya nama Faekah sebagai Setiausaha
"Faekah jaga kepentingan Presiden di Selangor melalui pejabat MB," lapor Agendadaily.
Malah ada kerancakan kempen pecat Faekah, terdapat satu twitter menarik yang disiarkan di twitter "#kamisayangpkr yang berbunyi, " #kamisayangpkr beri masa 24 jam utk @faekah_qkn5 bertaubat dan letak jawatan.Kalau tak habis la semua cerita dlm kelambu keluar."
Apa maksud desakan suruh 'bertaubat' dan kaitan dengan 'cerita dalam kelambu' ?
Menurut Agendadaily, sesiapa yang faham stail politik Azmin, pasti akan "terbatuk-batuk baca kenyataan beliau (penafian Azmin terlibat) itu, mereka tahu cara Azmin yang gemar 'baling batu sembunyi tangan…"
No comments:
Post a Comment