Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, May 16, 2012

Tunku Aziz - Mangsa ‘kuku besi’ Pembangkang

Tunku Aziz bukan pemimpin parti pembangkang yang pertama yang menerima cacian dan maki-hamun dari penyokong Pakatan pembangkang hanya kerana berbeza pendapat yang menentang arus. Malah kenyataan beliau sendiri diputarbelitkan oleh mereka kerana kebencian politik yang melampau. Lebih dari itu, beliau kini dilabelkan sebagai agen atau perisik UMNO yang dibayar.

 

Layanan buruk yang diterima oleh Tunku Aziz menunjukkan sikap tidak matang pembangkang. Mereka hanya fokus kepada objektif utama iaitu memenangi Pilihanraya Umum dan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak kira samada aktiviti yang dilakukan itu melanggar undang-undang termasuk mengorbankan para pemimpin yang cuba 'tunjuk pandai' dalam Pakatan Pembangkang.

 

Seperti yang saya nyatakan pada awalnya, ramai lagi pemimpin pembangkang yang emenrima nasib yang sama seperti Tunku Aziz termasuk YB Dr. Hasan Ali yang dipecat dari PAS tanpa dapat membela diri dan juga YB Zulkifli Noordin yang pernah menjadi peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Demokrasi dan kebebasan bersuara sudah lama mati dalam Pakatan pembangkang. Selama ini mereka mendakwa UMNO dan Barisan Nasional yang zalim tetapi tanpa mereka sedari sebenarnya mereka yang jauh lebih zalim. Mereka laungkan kebebasan bersuara dan hak rakyat tetapi menjalankan pengurusan 'kuku besi' dalam parti mereka.

 

Jika pemimpin seperti Tunku Aziz, Hasan Ali, Zulkifli Noordin dan ramai lagi menjadi mangsa kerakusan kuasa parti-parti politik pembangkang, bayangkan apa yang rakyat harapkan jika Pakatan Pembangkang berkuasa kelak.

 

Mungkin ISA (Akta Keselamatan dalam Negeri) diwujudkan kembali oleh mereka bagi menutup mulut rakyat yang menentang kerajaan mereka nanti.

 

Penulis adalah Exco Kelab Chedet

www.kelabchedet.com

www.minda-hijrah.blogspot.com

 

Notakaki – Artikel ini telah disiarkan di portal www.kritis-online.com

 

No comments:

Post a Comment