Hanya kerana menyuarakan pandangan peribadi utk Bersih 3.0 TIDAK melanggar undang-undang dalam perhimpunan & rusuhan 28 April lalu, Naib Presiden DAP yang berbangsa Melayu ini membayar harga yang mahal tidak dilantik semula sebagai Senator walaupun beliau mengakui masih mahu berkhidmat di Dewan Negara.
Ada beberapa perkara penting yang perlu di'highlight'kan.
1. Kebebasan bersuara yang Pakatan Pembangkang laungkan selama jelas hanya pembohongan semata-mata. Kata-kata pemimpin atasan PAS, DAP & PKR ibarat wahyu dari Tuhan. Tidak boleh langsung disanggah mahu pun berlainan pendapat, nescaya akan ada pembalasannya, YB Zul Kulim, Ustaz Nasha & Tunku Aziz adalah contoh terbaik.
2. Democratik Action Party adalah nama penuh DAP. Parti yang sepatutnya lebih demokrasi nampaknya mengamalkan amalan KOMUNIS. 'Maharaja' anak beranak Kit Siang & Guan Eng yang paling berkuasa. Tunku Aziz sekadar machai atau Sida sahaja.
3. Dan yang paling menghairankan adalah kebodohan serta kebebalan majoriti penyokong Pakatan pembangkang dikalangan DAP & PKR menghentam Tunku Aziz membabi buta tanpa merujuk kembali kenyataan-kenyataan yang dibuat. Tunku Aziz menyokong perjuangan BERSIH cuma tidak bersetuju dengan perhimpunan 28 April kerana ianya melanggar perintah mahkamah & undang-undang. Itu sahaja. Mungkin lembu-lembu dan keldai-keldai pembangkang termasuk pemimpin DAP tidak faham bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ada kemungkinan mesej akan mudah difahami jika Tunku Aziz menyampaikannya dalam bahasa Mandarin atau Kantonis.
Semoga apa yang menimpa Tunku boleh dijadikan kepada RAKYAT Malaysia bahawa Pakatan Pembangkang terutamanya DAP memang parti yang rasis.
Pemimpin DAP yang berbangsa lain lagi besar kesalahan pun tidak dihukum berat seperti yang menimpa Tunku Aziz.
No comments:
Post a Comment