Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, May 10, 2012

TERKINI - KJ akan pertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO ?

Kepada yang berhajat untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan akan datang, nampaknya terpaksa berfikir dua kali memandang penyandang jawatan sekarang iaitu Khairy Jamaluddin @ KJ dijangka akan mempertahankan jawatannya.
 
Suka atau tidak suka, kita wajar akui bahawa populariti dan gerak kerja KJ semakin baik menjelang PRU 13. Antaranya adalah kejayaan peribadi beliau adalah berdebat dengan pemimpin pembangkang seperti Ambiga, Husam Musa & Rafizi Ramli.
 
Dan aktiviti BN Youth Job Fair yang diadakan juga telah berjaya mendekati ramai anak-anak muda.
 
Namun begitu, masih ramai yang lagi yang tidak berpihak kepada beliau terutamanya berkaitan dengan kisah silamnya ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri.
 
Tawaran KJ untuk mempertahankan jawatannya adalah sesuatu yang menarik untuk kita ikuti nanti. Tetapi sebelum itu, mari kita bersama FOKUS untuk meMENANGkan BN dalam PRU 13 ini.

No comments:

Post a Comment