Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 disambut dengan begitu bersemangat dan meriah hari ini. Stadium Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti 100,000 penuh sesak sehingga tidak cukup tempat duduk. Tidak salah jika dikatakan bahawa sambutan ini adalah yang paling bersemangat dan hebat sejak berakhirnya era pemerintahan Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Petikan lirik lagu UMNO iaitu, 'UMNO terus mara' adalah tepat untuk menggambarkan perjuangan parti yang banyak berjasa ini. Walaupun dicabar, ditentang dan diasak dari luar, dari dalam dan sejak dahulu sehingga sekarang, UMNO kekal tegak berdiri memikul amanah agama, bangsa dan negara.
Jika pembangkang masih enggan mengakui akan kekuatan UMNO, maka mereka harus berfikir sekali lagi selepas menyaksikan perhimpunan raksaksa ini.
Tetapi, kita yakin bahawa pembangkang sebenarnya cukup maklum akan kekuatan UMNO dan kerana itulah mereka perlu mengadakan BERSIH, perlu mempersoalkan sistem pilihanraya, perlu menggembar-gemburkan kisah pengundi hantu dan sebagainya untuk dijadikan alasan apabila kalah dalam pilihanraya nanti.
Kerana itulah juga mereka tidak jemu-jemu berusaha menjatuhkan UMNO melalui jalan belakang bagi mengelak dari melalui pilihanraya.
Begitu jelas sekali bahawa sokongan terhadap pembangkagn tidaklah sekuat laungan fitnah yang mereka lemparkan terhadap kerajaan. Malah, perhimpunan BERSIH 3.0 yang ditaja oleh zionis, di mana peserta-peserta diberi bayaran juga hanya mampu mengumpul lebih kurang 25,000 orang sahaja. Itupun setelah dicampur dengan kumpulan penentang Lynas dan penyokong LGBT yang menyasarkan musuh yang sama iaitu UMNO.
Justeru, di manakah yang dikatakan kekuatan pembangkang? Di dalam laman sosial di internet sajakah? Kenapakah penyokong-penyokong tegar di internet itu tidak mampu dikumpulkan secara tersusun untuk turun berdemonstrasi ketika BERSIH 3.0? Apakah mereka tidak cukup bersemangat? Atau tidak cukup keyakinan? Atau pengecut? Atau bayaran yang diberi oleh pihak pembangkang/BERSIH terlalu rendah?
No comments:
Post a Comment