Minda Hijrah Headline Animator

Monday, May 28, 2012

PM Melayu - Hujah Nik Abduh vs Nik Aziz

Isu ini mula timbul apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan biaDAPnya mahu memperjuangkan bangsa bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia atas alasan tiada peruntukan perlembagaan. Ini pun orang Melayu masih terhegeh-hegeh mahu terus memberi sokongan dan mengundi DAP nanti.
 
Kemudian, anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh memberi pandangan yang lebih bernas dan realistik tentang isu ini.

"Dalam konteks semasa orang Melayu dan muslim lebih berhak sebab majoriti tetapi asas dalam sebuah kerajaan Islam pemimpin seorang muslim, bangsa tidak kira, kalau Karpal sebut mengenai bangsa tidak kisah tetapi bukan Islam jadi Perdana Menteri kita tolak.
 
"Kita sebut dalam konteks semasa Melayu lebih layak sebab ia majoriti, ini tanah Melayu," katanya ketika ditemui selepas Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan di Markas Dewan Ulama Pas di sini semalam.

Tetapi seperti yang kita jangka, Mursyidul AM Pas terus memberi pandangan 'akal singkatnya' tanpa memikirkan situasi semasa. Tetapi apa yang mengejutkan saya ialah pandangan yang diutarakan oleh Naib Ketua Pemuda PAS itu.
 
Nampaknya Nik Aziz wajar di'pencen'kan kerana semakin lama, semakin tidak relevan pandangan beliau dan itu tidak konsisten atau nyanyuk. Lihat sendiri kenyataan-kenyataan Nik Aziz tentang Muzakarah UMNO - PAS yang jelas memalukan dirinya sendiri.
 
Nik Aziz sudah tua dan semakin nyanyuk. Sudah tentu kepimpinan PAS terutamanya PAS Kelantan memerlukan pemimpin yang baru untuk mereka terus kekal relevan dalam dunia politik Malaysia amnya dan orang melayu khususnya.
 
 
 

No comments:

Post a Comment