Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, May 2, 2012

Pembongkaran Skandal Seks - Azmin Ali Mangsa Politik Dalaman PKR ?

Banyak maklumat yang saya terima berkaitan isu pendedahan skandal seks Azmin Ali oleh blogger-blogger dan media menjurus kepada isu skandal seks Presiden MCA, DS Chua Soi Lek satu ketika dahulu.

 

Kesimpulan yang dapat saya nyatakan ialah, pendedahan ini merupakan kerja 'orang dalam' PKR sendiri untuk menjatuhkan Azmin Ali bersandarkan kepada penerangan dan hujah dibawah.

 

1. Azmin Ali ramai musuh politik dalaman PKR. Malah bekas2 pemimpin PKR yang keluar dari PKR hampir 80% disebabkan oleh Azmin Ali sendiri termasuk Zaid Ibrahim, Ezam Md Noor, Gobalakrishnan ("Azmin panggil saya PARIA") dan ramai lagi. Ini tidak termasuk ramai kalangan AMK begitu bencikan Azmin Ali yang membuat percaturan kotor sehingga kalahnya Pengerusi SAMM, Chegu Bard kepada sekutu rapat Azmin Ali iaitu Shamsul Iskandar.

Ini belum lagi kumpulan penyokong TS Khalid Ibrahim & Nurul Izzah yang telah lama 'berbulu giler' dengan Azmin Ali. Ada pendedahan dibuat orang mereka sendiri bahawa Azmin Ali mahu bertindak mengsabotaj pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

 

2. Blog khusus yang mendedahkan perbuatan curang Azmin Ali scandalazminali.blogspot.com telah memuat-turunkan gambar-gambar terbabit pada Disember 2011. Ini bermakna satu pelan tindakan telah diatur dan skandal seks Azmin Ali ini bagaikan bom jangka. Tunggu masa untuk meletop. Dan kumpulan mana kah yang wajar meletopkan isu ini - Tidak lain dan tidak bukan blogger-bloger pro UMNO termasuk saya :)

 

3. Sehingga kini, tidak ramai dikalangan pemimpin PKR yang mempertahankan skandal seks Azmin Ali sehinggakan memaksa Azmin Ali dipaksa membuat kenyataan dan mempertahankan dirinya sendiri. Ini cukup memeranjatkan memandangkan Azmin Ali bukan sekadar wakil rakyat parlimen Gombak dan  ADUN Bukit Antarabangsa tetapi beliau merupakan TIMBALAN PRESIDEN PKR.

 

Tanpa rasa malu, Azmin Ali tanpa berselindung bertindak menuduh dan memfitnah UMNO yang mahu menjatuhkan beliau.

 

Persoalan utama disini, apa untungnya UMNO jika mahu menjatuhkan seorang insan bernama Azmin Ali?

 

Tahukah Azmin bahawa kumpulan yang paling banyak meraih keuntungan besar jika kamu jatuh ialah para pimpinan PKR sendiri terutamanya Presiden PKR Wan Azizah, Nurul Izzah dan TS Khalid ibrahim?

 

Nah! Fikir-fikirkanlah.

2 comments:

  1. Haji Hadi kata WAJIB dedahkan aib pemimpin.
    -DetikDaily bertarikh 27 Ogos 2009
    Haji Hadi berkata:
    “Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin.
    Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.

    Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini.
    Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).
    Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini.”

    APA KOMEN NIK AZIZ TENTANG FATWA HAJI ADI NI.

    BAGAIMANA PULAK FITNAH PUAK PAS BAHAWA TUN DR MAHADIR MENONTON VIDIO LUCAH BERSAMA CUCUNYA. ADAKAH INI DIBENARKAN OLIH PARTI AGAMA PAS. TETAPI PENDEDAHAN DENGAN BUKTI YANG JELAS NYATA DINAFIKAN OLIH PARTI AGAMA PAS.
    ADAKAH KOMEN NIK AZIZ ADALAH LANJUTAN DARI FATWANYA "ADALAH HARUS BERSAHABAT DENGAN IBLIS DEMI MENJATUHKAN UMNO" MAKANYA ORANG YANG RENDAH MORAL DAN AKHLAK SEDIA DILANTIK MENJADI PERDANA MENTERI DEMI HANYA MAHU MENJATUHKAN UMNO.
    AMAT MALANG BAGI NEGARA INI APABILA KEPIMPINAN UTAMA ADALAH TERDIRI DARI MEREKA YANG RENDAH MORAL DAN AKHLAKNYA.
    KALAULAH GAMBAR ITU ADALAH KEPIMPINAN UMNO SUDAH TENTU HADIS NABI INI DIBACA "AKU DIUTUS UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK MANUSIA". DAN HURAIAN INI AKAN DIBERIKAN "SEDANGKAN NABI DIUTUSKAN UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK MANUSIA ADAKAH LAYAK KITA SEBAGAI RAKYAT MEMILIH PEMIMPIN YANG RENDAH AKHLAKNYA."

    ReplyDelete
  2. Pinjam petikan diatas bro...

    ReplyDelete