Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, May 17, 2012

Muzakarah Dengan UMNO, Drama Terbaru PAS

PAS, bila sedar yang dirinya sudah tersepit dan ketinggalan, akan kembali bercakap soal hudud, negara Islam dan muzakarah dengan UMNO. Ini adalah perkara 'alami' dan biasa berlaku bila PAS ada masalah dengan penurunan sokongan. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, PAS bukan setakat hilang sokongan rakyat, kedudukkannya dalam Pakatan Rakyat pun semakin mengecil dan jauh tertinggal di belakang.

Penumpuan penulis ialah tentang isu muzakarah ini.

Walaupun Nik Aziz hari ini menyebut, yang penulis petik "sedia bermuzakarah dengan sesiapa sahaja, termasuk UMNO", ia memang semata-mata ditujukan kepada UMNO. Disebut sebegitu sebab taknaklah nampak sangat yang PAS ni terhegeh-hegeh nak muzakarah dengan UMNO, setelah begitu banyak yang buruk-buruk ditempel kepada UMNO sebelum ini.

Kenapa penulis kata "memang semata-mata ditujukan kepada UMNO"? Sebab dalam senario politik PAS di Malaysia hari ini, siapa nak muzakarah dengan PAS? MIC, MCA, PPP? Siapa? Mana ada pihak lain, hanya UMNO sajalah. DAP dan PKR memang dah di luar tajuk sebab kerjasama dengan PAS sudah bermula tanpa muzakarah pun. Kalaupun muzakarah, ia dalam bentuk tidak langsung, bukan dalam konteks 'rayuan' yang dibuat terhadap UMNO sekarang.

Persoalan penulis, tidak malukah PAS meminta diadakan muzakarah dengan UMNO sekarang setelah apa yang mereka lakukan terhadap UMNO sepanjang masa sebelum ini, terutama 4 tahun yang lepas? Mana maruah Nik Aziz dan PAS? Beberapa hari sudah, Hadi Awang juga mengungkapkan perkara yang sama, tapi itu tidak boleh dipakai sebab Hadi bukan ketua sebenar PAS, tapi Nik Aziz.

Sekarang teranglah sudah kenapa Anwar begitu beria-ia mahu mengambil alih PAS secara halus. Rupanya Anwar takut muzakarah itu jadi kenyataan dan Pakatan Rakyat yang diwujudkan Anwar akan lebih jauh tertinggal di belakang. Sudah tentu bila muzakarah ini diadakan, perbincangannya ialah mengenai politik dan pembahagian kuasa kalau kerjasama wujud.

No comments:

Post a Comment