Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, May 27, 2012

Melayu Islam lebih berhak, kata Nik Abduh

"Melayu (muslim) lebih berhak, sebab ia majoriti,"kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa untuk berjuang bagi memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Anak kepada Mursyidul Am Pas itu menegaskan berdasarkan situasi semasa negara, hanya orang Melayu dan Islam sahaja yang berhak menjadi pemimpin nombor satu negara.

"Dalam konteks semasa orang Melayu dan muslim lebih berhak sebab majoriti tetapi asas dalam sebuah kerajaan Islam pemimpin seorang muslim, bangsa tidak kira, kalau Karpal sebut mengenai bangsa tidak kisah tetapi bukan Islam jadi Perdana Menteri kita tolak.

"Kita sebut dalam konteks semasa Melayu lebih layak sebab ia majoriti, ini tanah Melayu," katanya ketika ditemui selepas Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan di Markas Dewan Ulama Pas di sini semalam.

Karpal sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan terus berjuang bagi memastikan bukan Melayu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dengan alasan tiada undang-undang yang menghalang orang bukan Melayu untuk memegang jawatan tersebut.

Nik Abduh bagaimanapun berkata kenyataan Karpal itu tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kerana umum mengetahui pendirian dan tindakan tanduk Karpal sebelum ini yang lebih suka mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi.

"Kita melihat ia tidak memberi kesan sebab benda ini telah berulang, Rakyat sudah tahu pendirian Pas dengan kenyataan Karpal, kenyataan Karpal memang bercanggah dan apa-apa kenyataan Karpal pun tidak akan jejaskan sokongan rakyat terhadap Pas pada pilihan raya umum nanti," katanya.

No comments:

Post a Comment