Saya baru pulang dari perjumpaan dengan rakan-rakan media di Cheras bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan isu-isu politik terkini.
Jalan MRR2 dari Ampang kedua-dua belah arah sesak mungkin kerana banyak kenderaan menuju ke Bukit Jalil utk menonton perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby.
Hujan lebat setiba saya di Taman Melawati dan duduk minum bersama beberapa peniaga pasar Malam. Mereka juga tengah buat perkiraan tentang perniagaan mereka ketika hujan semakin lebat.
Apa yang saya ceritakan ini adalah fitrah manusia yang dilalui sejak berzaman. Cuma dalam kotak pemikiran saya terfikir apa yang dilakukan oleh Timbalan Presiden PKR. Azmin Ali adalah sesuatu diluar dugaan dan akal manusia.
Sehingga kini, beliau masih enggan menemui ibu kandungnya sendiri hanya kerana kebencian politik yang melampau. Lebih dari itu, sebagai orang Melayu dan penganut agama Islam, ianya TIDAK sepatutnya berlaku.
Biarlah kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua supaya tidak lupa asal-usul ketika punyai KUASA & HARTA.
Azmin Ali & PKR bukan contoh terbaik dan kita wajib menolak mereka!
No comments:
Post a Comment