Minda Hijrah Headline Animator

Monday, May 14, 2012

Hudud: Hadi Awang Perlu Berubah Atau Diubah

Artikel dibawah dipetik dari SuaraPakatanRakyat.com
 
PENULIS sebenarnya sudah bosan dengan permainan politik PAS, terutama Presidennnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung soal perlaksanaan hudud ini.

 

Sudah banyak kali dibincangkan, diputuskan dan diumumkan bahawa hudud bukan keutamaan Pakatan Rakyat malah tidak tersenarai sebagai mana-mana kepentingan pun untuk diberi perhatian sekirannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dari BN/UMNO.

 

Ini bukan rahsia.

 

Tapi setiap kali pilihanraya makin hampir, setiap kali itulah juga Hadi Awang akan membangkitkan soal hudud.

 

Bukti kepada hakikat ini sudah banyak, tahun 2003, DAP terpaksa meninggalkan Barisan Alternatif (BA) apabila Hadi berkeras untuk membentangkan draf hukum hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang dikuasai parti tersebut.

 

Keputusan yang ternyata membawa padah apabila PAS kehilangan Terengganu pada pilihanraya umum 2004 dan masih gagal menawan semula negeri tersebut ketika BN berada di tahap terburuknya pada 2008.

 

Hadi kelihatannya tidak pernah belajar dari pengalaman tersebut.

 

Penulis tidak boleh mengelak dari bersetuju dengan 'teguran' Pengerusi Kebangsaan DAP terhadap hasrat Hadi itu.

 

"Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan,"

 

Para pertama dalam kenyataan Karpal itu merujuk kepada sikap tidak  konsisten Hadi kebelakangan ini apabila bercakap tentang Islam dalam perlembagaan dan hudud jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia.

 

Soal orang bukan Islam diberi pilihan untuk menerima hudud atau tidak bukan persoalan, apa sekalipun, hudud tidak akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada sistem perundangan negara kita.

 

Malaysia bukan sebuah negara Islam, Malaysia adalah sebuah negara dengan berbilang bangsa dan pengkhususan undang-undang berasaskan satu kepercayaan agama adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali.

Mengakui Malaysia sebuah negara Islam adalah menyamai perjuangan UMNO, dan itu tidak seharusnya boleh diterima.

 

Penulis sangka Hadi sudah berubah, apabila menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam untuk digantikan dengan negara berkebajikan dalam Muktamar PAS ke 57 pada 2011.

 

Kenyataan Hadi kelmarin untuk menggugurkan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Malaysia dan menggantikannya dengan 'Addin', juga adalah satu pembaharuan yang diterima baik yang mengukuhkan lagi pandangan bahawa hudud tidak akan menjadi salah satu cabang dari perjuangan PAS dibawah pimpinannya.

 

Tapi penyudahnya, lain pula yang berlaku.  Soal hudud ini masih lagi dibangkitkan.

Dan sokongan kuat Dewan Ulama PAS melalui kenyataan ketuanya Harun Taib hari ini membuktikan bahawa ada suatu yang tidak kena dengan PAS sekarang.

 

Tapi dengan imej Dewan Ulama dan peranan Harun Taib sendiri sebagai 'duri dalam daging' kepada PAS, maka ada besar kemungkinan kenyataan Harun Taib itu lebih kepada pandangan peribadinya sendiri.

 

Penulis tidak suka menyatakan ini, tapi kelihatannya Pakatan Rakyat sedang ditipu oleh Hadi dan PAS.  Dengan kita bersekutu dengan PAS, soal hudud ini akan menghantui Pakatan Rakyat, lebih lagi jika dijadikan isu oleh MCA, Gerakan malah UMNO sendiri.

 

Penulis menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tinggi Pakatan Rakyat untuk menilai situasi ini dan menentukan hala tuju PAS di dalam Pakatan Rakyat, tapi penting untuk satu kenyataan bersama dikeluarkan bagi menguraikan kekalutan yang sudah terjadi.

 

Perlu diingat, cabaran dihadapan kita untuk mengulangi kejayaan 2008 semakin berat.  Kaji selidik terbaru Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) ditambah dengan 'kejayaan' himpunan raksasa UMNO malam tadi, mencerminkan kebimbangan itu.

3 comments:

  1. PR adalah gabungan parti politik yang tiada perancangan memerintah malaysia sekiranya diberi kuasa memerintah, jadi janganlah diberi mereka peluang untuk memerintah kerana kesannya amat buruk buat Malaysia yang terdiri dari berbagai kaum, dalam ketiga-tiga parti gabungan tiada parti yang dominan dahla tu edeologi parti pulak berlainan, macam mana nak perintah, kalau PM melayu pun,pendekatan melayu berbeza dengan cina, nanti PM melayu itu tidak akan dihormati, bukannya kita tidak tahu PR adalah parti dimana semua Pemimpin mereka bukanlah pematuh kepada undang2 dan peraturan negara, mereka boleh main tibai je, ikut suka hati mereka je. Tengok contoh Selangor sudah, kadang2 exco lebih berkuasa dari KM, tapi Kedah lain pulak PAS dominan, Ustaz Azizan dilihat berkuasa penuh, parti gabungan kecut je tapi depa gunakan pulak puak2 yang tidak puas ati dengan Azizan dari PAS sendiri buat kacau pulak, tidak dapat tanduk telinga dipulas, begitulah sebenarnya situasi kita sekarang, berfikirlah dengan ikhlas sebelum tangan kita mencoret kertas undi pada pru13 nanti, kerana sekiranya tersalah pilih, merana anak cucu kita nanti.

    ReplyDelete
  2. Cukup le 2 Hj.Hadi......berenti le jadi Presiden PAS.Biar Mat Sabu pulak.Aku sokong macam Mat Sabu.Dia tak cakap sikit pasal Hudud ke,Negara Islam ke,Kepimpinan Ulamak ke.....dia tau lawan itu BN dgn apa cara pun hatta guna kuasa ala kominis n huru harakan negara.Ape nak pelik...ISA dah tak de!Hidup Mat Sabu.TG Nik Ajis pun berenti la.Asik buat salah saje.Cakap macam robot.Skali gitu....skali gini....lebih baik berenti.Bagi Mat Sabu n the Gang pimpin PAS.Wasalam.

    ReplyDelete
  3. Mu nok bagi mat sabu meminpin? Mamat gilo sek tuh? Mapuh negaro..

    Tengok muke buleh kenal hati mace mane.. Ore la ni demi kuaso nk cakap gapo pun buke pikir.. Ikut sedap dia jolo..

    Kawe dh x kisah r sape memerintah, yg penting ikut mace kehendak agama mau.. Berpanduke sunnah dan hadis, baru molek..

    ReplyDelete