Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, May 8, 2012

Demi AMBIGA & BERSIH 3.0, PAS Hina Fatwa & Ulama

Apabila Ulama memfatwakan agar jangan berpolitik di dalam Masjid, PAS menentangnya dengan mengambil beberapa ayat Al-Quran yang menyatakan tiada salahnya berpolitik di dalam masjid. Apa yang PAS enggan bincangkan dengan terperinci ialah politik yang dibawa oleh PAS di masjid bukanlah politik sihat tetapi politik yang membawa kepada pecah belah, benci-membenci dan kata-mengata yang mana amat dimurkai oleh Allah S.W.T.

Apabila Mufti Perak memfatwakan bahawa tarian poco-poco adalah haram kerana mempunyai elemen Kristian, PAS menempelak konon perkara itu perkara kecil dan tidak wajar diperbesar-besarkan.

Bagi PAS, taraf ulama dan agama Islam itu sendiri hanyalah milik mereka dan sesiapa sahaja yang bertentangan pendapat dengan mereka, tidak kira bertaraf Ulama atau tidak, adalah jahil dan tidak Islam belaka. Oleh itu, tugas memfatwakan sesuatu hanya boleh dilakukan oleh mereka dan mereka boleh menolak dan menerima mana-mana fatwa orang lain mengikut hati dan mengikut suasana politik semasa.

Fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama PAS bagaimanapun, jauh lebih menyimpang dari ajaran Islam. Antaranya, ialah 'Undi PAS Masuk Syurga', 'Undi UMNO jadi kafir' dan bermacam-macam lagi. Namun, semua penyokong-penyokong PAS memegang fatwa-fatwa sesat ini tanpa banyak soal.

Dan hari ini, apabila Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan bahawa demonstrasi jalanan yang berniat tidak baik dan melanggar undang-undang adalah haram maka PAS sekali lagi bangun memperlekehkan semua Ulama yang terlibat memutuskan fatwa tersebut.

Semata-mata kerana ingin sangat membela tindakan ganas peserta BERSIH 3.0, Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang video seksnya bakal disebarkan, mengikut sumber-sumber tertentu, menuduh bahawa ke semua 24 ahli jawatankuasa termasuk 14 mufti dalam Majlis Fatwa sebagai tidak faham apa-apa mengenai BERSIH. Kata-kata Mustafa Ali itu dilihat sebagai menghina para ulama ini seolah-olah mereka hanya budak-budak hingusan yang tidak tahu apa-apa mengenai isu dunia, isu politik semasa mahupun agama.

No comments:

Post a Comment