Minda Hijrah Headline Animator

Monday, May 14, 2012

Bersih 4.0 - Kelantan destinasi terbaik

Nampaknya Menteri Besar Kelantan begitu ghairah untuk menganjurkan Bersih 4.0 selepas rusuhan Bersih 3.0 menarik perhatian banyak pihak. Dan semalam Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pula menjangkakan seramai 1 juta orang akan hadiri Bersih 4.0 yang dijangka bulan Julai nanti.

 

Bagi saya, tidak kisah berapa banyak kali Perhimpunan Bersih mahu diadakan selagi lokasi perhimpunan tidak mengganggu kehidupan orang lain.

 

Dalam perhimpunan Bersih 3.0, penganjur Bersih dan pakatan pembangkang mahu berhimpun di Dataran Merdeka kerana menganggapnya milik awam. Tetapi apa yang mereka 'persetankan' adalah hak pengguna jalanraya yang membayar cukai jalan juga. Jalan keluar masuk Kuala Lumpur cukup sesak dan terpaksa ditutup hanya semata-mata untuk memenuhi nafsu politik mereka. Tawaran beberapa stadium utama juga di'bakulsampah'kan.

 

Oleh itu, saya mencadangkan supaya Bersih 4.0 diadakan di Kelantan. Ianya nya lebih banyak memberi manfaat kepada semua pihak. Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan PAS sudah tentu boleh menjadikan Bersih 4.0 sebagai demo-tourism seperti yang dikatakan oleh Menteri Besar Pahang ketika himpunan Hijau di Kuantan sebelum ini. Sudah tentu ianya membawa keuntungan ekonomi kepada rakyat Kelantan.

 

Dan yang paling penting, warga kota Kuala Lumpur tidak lagi menderita akibat penganjuran perhimpunan haram dan rusuhan Bersih lagi.

 

Bukankah ini jalan terbaik ? Fikir-fikirkan lah.

 

Penulis adalah Exco Kelab Chedet

www.kelabchedet.com

www.minda-hijrah.blogspot.com

 

Nota kaki – Aritkel ini ditulis untuk terbitan portal www.Kritis-Online.com

 

4 comments:

  1. SURUH HARAMJADAH JUBOQ TU BUAT BERSIH 4.0 KAT PENANG..AKU NAK TENGOK..BERANI KA DAK KAT CINA..??
    KALAU KAT CINA TAKUT NAK MAMPOIH..PTUIHHHH

    ReplyDelete
  2. hang cakap macam orang bodoh.Pada hari tu memang ada perhimpunan Bersih yang serentak diadakan di Padang Kota ,ramai yang hadir..Memang orang umno mangkok buta perut tak tau perkembangan sekitar,,lahabau

    ReplyDelete
  3. Kita cadangkan kelantan jadi destinasi demo tourism. Bukankah itu lebih baik?

    ReplyDelete
  4. apa yang bersih sgt ni........hag tanya pakatan rakyat tu bersih sagnat ka ??? tgk diri dulu la....

    ReplyDelete