Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, May 3, 2012

BERSIH 3.0 DEDAHKAN AGENDA JAHAT ANWAR IBRAHIM & PKR

Rusuhan peserta perhimpunan haram Bersih 3.0, Sabtu lalu, bukan sahaja telah menyerlahkan wajah sebenar pembangkang terutamanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mengejar impian hidupnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Malah Bersih membuka mata dan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat sekelumit daripada perancangan jahat pembangkang jika berpeluang memerintah negara.

Anwar akan sanggup membuat apa sahaja, walaupun membakar lebur negara dan bangsanya sendiri, asalkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Dari satu sudut, Bersih boleh dikatakan satu rahmat kepada rakyat kerana mereka kini sedar siapa Anwar dan apakah kemampuan pembangkang sekiranya mereka diberi kuasa.

Bersih telah dijadikan alasan bagi PKR, PAS dan DAP untuk melancarkan serangan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tujuan untuk menumbangkannya.

Ia sebenarnya bukan untuk menuntut penambahbaikan dalam proses pilihan raya tetapi satu agenda tersusun pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran negara secara kekerasan ala revolusi.

Anwar pernah menyatakan hasrat agar 'Arab Spring' ang berlaku di beberapa negara Arab yang menumbangkan kerajaan Mesir, Libya dan Tunisia juga akan berlaku di Malaysia.

Beliau mengharapkan perhimpunan Bersih pada 28 April lalu mempunyai cukup momentum untuk menjatuhkan pimpinan Datuk Seri Najib.

Malang bagi Anwar kerana dengan berkat ketangkasan dan kecekapan pihak keselamatan, segala onar yang dirancang mereka digagalkan.

Perarakan besar-besaran oleh penyokong DAP dan keganasan ang dilakukan oleh peserta Bersih, melayangkan kembali memori generasi rakyat Malaysia yang hidup dan melalui peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih anjuran Pakatan Rakyat saling tidak tumpah dengan apa yang berlaku pada rusuhan kaum 13 Mei, 43 tahun lalu.

Imej ini kini mahu ulangi semua oleh DAP dengan bantuan, kuncu-kuncuya, PKR dan PAS.

Malah Anwar dengan licik cuba lari daripada kenyataan bahawa dia dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang bertanggungjawab mengarahkan agar peserta Bersih merempuh halangan di Dataran Merdeka.

No comments:

Post a Comment