Idea gila oleh penulis biol dari Pakatan Rakyat yang mencadangkan supaya Ambiga dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Mungkin lebih baik Ambiga diangkat menjadi Mursyidul Am Pakatan Rakyat dengan gelaran Puan Guru Ambiga kerana berjaya menyatukan hati-hati kotor Pakatan Pembangkang melalui kempen BERSIH, LBGT dan Anti Murtadnya.
http://suarapakatanrakyat.com/2012/05/anugerah-tokoh-maal-hijrah-untuk-ambiga/
KEJAYAAN BERSIH 3.0 menghimpunkan lebih 250,000 orang rakyat pada 28 Appril 2012 telah merekodkan sejarahnya yang tersendiri kerana itulah pertama kalinya Bandaraya Kuala Lumpur hampir dipenuhi dengan lautan manusia terdiri dari pelbagai kaum dan agama.
Jika tidak kerana keganasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap peserta perhimpunan penulis pasti ia akan menarik perhatian Malaysia Book Of Record untuk menyenaraikannya sebagai perhimpunan rakyat yang terbesar pernah diadakan sejak 54 tahun negara merdeka.
Tulang belakang disebalik kejayaan besar ini tidak lain dan tidak bukan datangnya dari hasil kerja kuat dan komitmen Pengerusi Bersama BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga yang tidak pernah jemu mendukung panji keadilan dan ketelusan dalam proses pilihanraya untuk kebaikan semua.
Serentak dengan itu penulis menyarankan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat di empat negeri (Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor) dapat mengambil inisiatif dengan menyediakan satu anugerah khas sebagai penghargaan untuk jasa dan usaha besar Datuk S Ambiga menjayakan BERSIH 3.0 tempohari.
Penulis percaya antara anugerah yang sesuai dinobatkan untuk Ambiga sebagai perhargaan besar untuk kejayaan tersebut ialah Anugerah Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1434 Hijriah yang akan disambut pada 15 November nanti.
Kejayaan Ambiga menarik penyertaan ribuan rakyat dari segenap lapisan masyarakat beragama Islam dan Bukan Islam untuk hadir memeriahkan perhimpunan BERSIH 3.0 amat mirip seperti mengulangi sejarah penyatuan kaum Ansar dan Muhajirin semasa hijrah di zaman Rasulullah s.a.w.
Lebih penting lagi perhimpunan semasa sambutan Maal Hijrah yang selalu dianjurkan oleh kerajaan Barisan Nasional pun tidak pernah berjaya menarik penyertaan sebegini ramai seperti yang dicapai oleh BERSIH 3.0 di bawah pimpinan Ambiga dengan lebih 250,000 orang peserta menjayakannya.
Konsep perhimpunan BERSIH 3.0 pula yang menyeru pihak berkuasa meninggalkan ketidakadilan dan ketidaktelusan serentak dengan itu mengambil langkah berubah ke arah mendaulatkan keadilan, ketelusan dan merealisasikan proses pilihanraya yang bersih jelas bertepatan dengan semangat hijrah yang menuntut perubahan sikap dari buruk kepada baik.
Selain itu, semasa peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah itu terdapat beberapa sahabat nabi yang memainkan peranan utama menjayakan peristiwa tersebut yang nama mereka bermula dengan huruf “A” contohnya Abu Bakar as-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Abdullah bin Abu Bakr serta Asma binti Abu Bakr.
Kebetulannya dalam konteks BERSIH 3.0 terdapat sekurang-kurangnya empat tokoh utama yang menjayakan perhimpunan tersebut antaranya Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan A Samad Said dan kesemua mereka berjaya memainkan peranan masing-masing menjayakan penyatuan rakyat melalui BERSIH 3.0 di bawah pimpinan Ambiga.
Dengan semua faktor di atas cukup untuk melayakkan Datuk S Ambiga menerima penghormatan tinggi ini dan penulis percaya jika anugerah ini dapat dilaksana dan dimuktamadkan keputusannya oleh semua pimpinan PR di empat negeri tersebut, nescaya hubungan pelbagai kaum dan agama di negara yang tercinta ini akan lebih utuh dan menjadi monumen penting ke arah meningkatkan momentum sokongan rakyat kepada PR kelak
Ini bukan gila babi.. ni babi gila... puak2 haram pr guna agama mnjadi2.. TIBAI
ReplyDeleteSetuju dengan cadangan itu supaya S Ambiga di anugerahkan Tokoh Maal Hijrah dan Wanita Malaysia Terbilang...kahk...kah...kah...kah...
ReplyDeleteNi gila tahap cipan merabai dah PR ni
ReplyDeleteBagi dia ANU-gerah baru la .. " IBU MITHABABI MALAYSIA 2012" .
ReplyDeleteTaksub sampai buta hati... perempuan itu lah yg menyokong dan mempertahankan murtad dan LGBT... Masya Allah... Astaghfirullahalazim... Sepatutnya gelaran datok itu harus di tarik balik..
ReplyDeleteInilah tanda nye nak khiamat sbb mengagungkan org kafir
ReplyDelete