Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, April 10, 2012

Sidang Media Wan Azizah & Shamsidar bakal Dedah Rahsia Azmin Ali ?

SEPERTI yang dijanjikan pada minggu lepas, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Shamsidar Tahrin diberitakan sudah sah akan mengadakan sidang media bersama di ibu pejabat PKR Tropicana pada Khamis (12 April 2012)berhubung pelbagai isu berkaitan dengan pembohongan yang dilemparkan terhadap suami masing-masing.

 

Begitu juga dengan perhubungan kedua-duanya yang dikatakan tegang akibat dari isu di atas.

 

Penulis juga mendengar, di akhir sidang media tersebut, satu kenyataan ringkas secara bersama akan dikeluarkan oleh kedua-duanya yang antara lain bertujuan mematikan semua fitnah liar bermotifkan politik yang dilemparkan oleh musuh-musuh politik PKR ke atas mereka berdua.

 

Urusan untuk sidang media tersebut sedang rancak dijalankan dan penulis difahamkan semua perkara berkaitan seperti jemputan kepada media akan diedarkan pada esok (Rabu, 11 April 2012) tapi khabar mengenainya telah tersebar luas melalui sistem pesanan ringkas (sms) sejak semalam lagi.

 

Ramai melihat perkembangan semasa ini sebagai suatu yang positif dalam menangani adu domba dan fitnah yang sekarang bukan setakat menjadi senjata musuh politik PKR di luar yang mahu melihat kejatuhan Azmin, malahan juga oleh segelintir pihak dalam PKR sendiri yang menjadikan isu ini sebagai alasan untuk mendesak pengunduran Azmin.

 

Hal ini sudah tentulah merujuk kepada sidang media Mohd Isa Saidi dan kenyataan akhbar Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mad Rasip pada minggu lepas mengenai perkara sama.

 

Modus  operandinya ialah menggunakan kedua isteri pemimpin PKR ini untuk menjatuhkan suami masing-masing kerana mereka tahu Anwar dan Azmin bukanlah orang yang mudah tunduk dengan desakan sedemikian malah terbukti telah berjaya menempuh semua rintangan yang bertujuan menjatuhkan maruah dan karier politik masing-masing.

 

Kejayaan dan kesabaran yang akhirnya terbayar melalui kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum 2008 termasuk menawan 5 negeri.  Insya allah jika tidak ada aral melintang, Putrajaya pula akan kita tawan selepas ini. – Suara Rakyat

2 comments:

  1. is time for nalla and ummi bawa kebenaran dan terjemahkan kepada rakyat. kalau ditipu oleh ummi dan nalla, pasti purajaya akan jatuh kepada pakatan rakyat. jadi untuk membukikan kebenarannya ayuh serahkan secepat mungkin kepada mahkamah..jangan tungu sampai nak masuk mahkamah baru nak dedah. take all prequation from now|||||

    ReplyDelete
  2. Kisah saham berjuta ringgit dgn Ferrari milik azmin bila nak bongkarkan. Rakyat dh muak dgn penipuan pakatan pembangkang

    ReplyDelete