Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, April 10, 2012

PAS Perlu Dibebaskan Dari Unsur-Unsur Syiah

KHUTBAH Jumaat di sebuah masjid di Subang Jaya Selangor beberapa hari lepas mengenai penyelewengan agama oleh puak syiah ini mencetus banyak persoalan di minda penulis, terutama bila membincangkan kaitan fahaman Syiah ini dengan politik PAS.

 

Sebelum ini penulis perlu akui, penulis tidak banyak ambil tahu tentang perbezaan amalan Syiah dengan ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan rasmi rakyat negara ini, tetapi setelah mendengar khutbah tersebut barulah penulis sedar bahawa fahaman Syiah lebih dari sekadar menolak semua Khulafa Al-Rasyidun, kecuali Saidina Ali r.a.

 

Seperti disebut oleh khatib dalam khutbah Jumaat tersebut, pemimpin utama Iran Ayatollah Ali Khomeini (pro Syiah) pernah menuduh ketiga-tiga Khulafa Al-Rasyidun sebagai kafir malah Presiden Iran juga pernah meludah ke makam salah seorang sahabat tersebut.  Selain beberapa amalan dalam ibadat orang syiah yang bertentangan dengan amalan biasa yang diamalkan kita semua.

 

Tidak hairan kenapa penulis pernah mendengar bahawa pengamal amalan Syiah ini bukan terdiri dari orang Islam.

 

Walaupun tidak pernah dibuktikan secara terang terangan, tapi ramai yang mengaitkan PAS dengan fahaman syiah terutama sekali melihat kepada struktur kepimpinan tertinggi PAS, Majlis Syura Ulama yang dikatakan mirip Badan Pelindung di Iran.

 

Dari segi kepimpinan pula, tokoh yang paling menonjol bila bercakap tentang syiah dalam PAS, sudah tentulah Timbalan Presidennya sekarang, Ustaz Mohammad Sabu yang dikatakan menjadikan Revolusi Iran sebagai pedoman untuk menyertai PAS pada awal 80-an.

 

Malah kemenangan beliau dalam pemilihan tahun lepas juga dikaitkan dengan sokongan golongan Syiah dalam yang menguasai beberapa kumpulan tertentu dalam PAS.  Ia adalah lanjutan dari satu mesyuarat rahsia kumpulan pro Syiah dalam PAS yang diadakan di Bandar Sunway beberapa hari sebelum muktamar PAS 2011 berlangsung.

 

Antara nama-nama penting yang mengetuai kumpulan pro Syiah dalam PAS ini ialah Dr Lufti Ibrahim, Dato' Dr Mahfudz Mohamed (Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat), Dr Azlan, Dr. Norman dan Mohd Azam.

 

ADUN PAS bagi kawasan Kubang Rotan Kedah, YB Mohd Nasir Mustapha juga dikatakan mengetuai kumpulan pro Syiah di Kedah.

 

Terus terang penulis katakan, sejauh mana kebenarannya semua maklumat di atas penulis kurang pasti tapi sudah tentu pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada angin yang menggoncang.

 

Apa pun yang penting disini ialah, PAS perlu dibebaskan dari pengaruh Syiah kalau mahu terus kekal relevan dalam politik di Malaysia ini kerana penolakan rakyat Malaysia terhadap fahaman Syiah ini bukanlah satu perkara yang rahsia.  Jika diteruskan juga, takut-takut ia akan menjejaskan undi terhadap PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. –Suara Rakyat

No comments:

Post a Comment