Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, April 14, 2012

Loji #lynas Merbahaya Satu Pembohongan

Isu kilang Lynas masih belum reda walaupun penjelasan demi penjelasan telah diberikan beserta dengan bukti-bukti saintifik, lengkap dengan kelulusan dari Atomic Energy Licensing Board (AELB) dan International Atomic Energy Agency (IAEA) yang mengesahkan bahawa kilang tersebut adalah selamat. 

Pihak-pihak yang menentang Lynas nampaknya mengambil sikap ‘pekak badak’ iaitu menutup telinga sambil mulut tidak habis-habis membuat bising.   Bagi sesiapa yang pernah bekerja dengan puak chauvinis dan rasis, pasti sudah biasa berhadapan dengan sikap ‘pekak badak’ sebegini.   Apabila dikritik, atau apabila sifat rasis mereka terdedah, mereka hanya akan ‘buat-buat bodoh’ sahaja seolah-olah tidak bersalah dan tidak terlibat langsung.  

Begitulah halnya apabila puak penentang Lynas ini  dijemput melawat kilang tersebut, mereka telah menolaknya.  Apabila diminta membawa perkara ini ke mahkamah untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang operasi, pihak penentang Lynas enggan pula.   Malah AELB dan IAEA, iaitu badan tertinggi antarabangsa dalam soal atom dan nuklear juga dituduh mereka sebagai penipu atau korup belaka. 

Puak ini nampaknya lebih selesa membuat bising di jalanan, membuat demonstrasi besar-besaran dan terus memainkan isu kononnya kilang Lynas berisiko membawa pencemaran radioaktif di dalam media, terutama media yang berbahasa Cina. 

Maka jelaslah bahawa penentangan mereka mempunyai motif tersirat.   Bagi memahami motif ini, kita harus terlebih dahulu mengetahui siapakah sebenarnya mereka ini. 

Penentang Lynas memakai topeng pencinta alam dan bergerak atas nama Himpunan Hijau.  Namun, semua ini hanyalah penyamaran semata-mata.  Mereka sebenarnya terdiri dari pembangkang terutamanya DAP atau lebih tepat lagi kaum Cina.  Ini kerana, terdapat beberapa golongan di dalam MCA juga mengambil pendirian yang sama dengan DAP serta enggan menerima penjelasan saintifik dari pihak-pihak yang berkenaan.   Selain MCA dan DAP, PKR juga memainkan peranan penting dalam isu ini sebagai balaci setia pengampu kaum Cina demi undi dan publisiti. 

Tetapi, kenapa kaum Cina yang begitu beria-ia dengan Lynas berbanding kaum lain?  Kenapa Lim Guan Eng sendiri dengan bangga menyatakan bahawa kaum Cina bersatu dalam isu Lynas?  Kenapa? 

Kerana ia ada kena mengena dengan semangat cintakan negara asal nenek moyang mereka, iaitu China.  Negara China merupakan pengeluar terbesar nadir bumi iaitu membekalkan 95% - 97% dari keperluan dunia.   Dengan pembinaan kilang Lynas di Malaysia, dominasi pengeluaran nadir bumi oleh negara China akan terpecah dan inilah yang menjadi masalah bagi kaum Cina.   

Tidak mustahil adanya gerakan sepadu antara pihak di China dengan kaum Cina di Malaysia untuk memastikan kepentingan negara China dipertahankan.  Bagi memastikan matlamat ini tercapai, kaum Cina telah sepakat untuk menghalang Lynas dari beroperasi dengan apa cara sekali pun.

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa isu Lynas adalah lebih dari satu lagi ‘political stunt’ bagi pembangkang meraih publisiti dan undi.   Isu Lynas telah membongkar sikap sebenar majoriti kaum Cina di Malaysia yang tidak pernah mencurahkan kesetiaan kepada negara ini dan masih mengikat diri mereka kepada negara asal.

Bukan mereka tidak tahu bahawa Lynas akan menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak RM8 billion setahun dengan peningkatan yang pasti setiap tahun.  Justeru, tindakan mereka menentang Lynas bolehlah ditafsirkan sebagai mengsabotaj ekonomi negara sendiri atau dalam ertikata lain, sebagai pengkhianat. 

Logiknya, jika kilang memproses nadir bumi begitu merbahaya, kenapakah China sebagai pengeluar utama tidak pula mengalami apa-apa masalah sama ada dari segi bantahan penduduk mahupun bencana radioaktif selama ini? 

Begitu juga dengan Australia, Perancis, India, Amerika dan Russia yang juga mempunyai kilang yang sama di negara mereka, tidak pernah lagi mengalami bencana yang berpunca dari pemrosesan nadir bumi.  Malah, bantahan dari penduduk juga tidak didengari. 


Lalu, kenapakah hanya apabila ia dibuka di Malaysia dengan kemampuan untuk menyaingi China maka memproses nadir bumi tiba-tiba menjadi sesuatu yang amat kontroversi? 

Sesungguhnya, akal yang waras akan mampu melihat bahawa tidak mungkin kepimpinan Barisan Nasional begitu bodoh akan membenarkan sebuah kilang yang merbahaya dibuka di Malaysia.   Adalah tidak masuk akal bagi kerajaan BN untuk sengaja merisikokan alam sekitar dan kesihatan rakyat hanya untuk menambah pendapatan negara - terutamanya ketika negara sedang mengalami demam pilihanraya. 

Hakikatnya, BN telah terbukti sebagai kerajaan yang bertanggungjawab selama ini dan ini sudah cukup untuk meyakinkan ramai bahawa penentang Lynas sememangnya mempunyai agenda jahat yang tersirat.

No comments:

Post a Comment