Minda Hijrah Headline Animator

Friday, April 6, 2012

Kritik Azmin, Dipecat Serta Merta !

Mohd Isa Mohd Saidi Ketua Penerangan PKR Ampang dipecat serta merta selepas mendesak Azmin Ali memberi penjelasan berkenaan kes moral yang membabitkan dirinya.

Dalam kenyataannya kepada Sinar Harian hari ini, Mohd Isa berkata beliau menerima surat pemecatan dari Ketua PKR Cabang Ampang, Zuraidah Kamaruddin yang dikirim melalui pos ke rumahnya.

"Sebenarnya, dia (Zuraidah) baru beri surat pemecatan kepada saya sebagai Ketua Penerangan (dengan notis pemecatan) 24 jam. Bukan sebelum ini dipecat, tapi baru ini dipecat.

"Saya balik rumah jam 3 petang tadi (semalam). Ada surat itu dipeti surat yang dikeluarkan sebab kenyataan minta Azmin keluar parti, bukan kerana kes sebelum ini", katanya.

Mohd Isa juga mengakui bukan sahaj beliau, malah separuh daripada jawatankuasa cabang Ampang dipecat sejak Zuraidah memegang jawatan ketua di kawasan tersebut.

"Dia suka buang orang. Kalau orang bertanya atau bersuara pun salah bagi dia. Tak boleh bertanya itu, ini, kena ikut apa sahaja parti buat.

"Sebenarnya, dekat separuh jawatankuasa cabang Ampang dibuang sejak dia memegang jawatan di situ", katanya.

Mohd Isa turut menafikan dakwaan Zuraidah yang menuduhnya sebagai seorang yang terlibat dalam jenayah pecah amanah dan muflis.

Katanya tuduhan itu merupakan satu pembohongan dan menggesa Zuraidah mengemukakan bukti-bukti terhadap semua tuduhan kepadanya itu.

Katanya lagi, dua laporan polis yang didakwa Zuraidah itu adalah palsu dan sengaja diada-adakan untuk memburuk-burukkan dirinya.

Sementara itu, Mohd Isa dalam kenyataannya di Utusan Malaysia kesal dengan tindakan Azmin yang enggan memberi penjelasan berkenaan isu tersebut sebaliknya menuduhnya sebagai golongan buta dan tuli.

Katanya, Azmin tidak pernah menjelaskan segala dakwaan berkaitan dengan pembelian saham bernilai jutaan ringgit, isu kontroversi isterinya, Shamsidar Taharin serta kesahihan nasab biologi salah seorang ahli keluarganya kepada akar umbi.

"Saya berasa sangat kesal dengan jawapan Azmin sedangkan ahli-ahli akar umbi dan rakyat keseluruhannya ingin tahu dan mahukan penjelasan. Kalau kita di pihak benar, apa masalahnya buat penjelasan berulang kali ?

"Kalau Azmin kata dia sudah jelaskan, kami mahu dia tampil jelaskan lagi, sebab kami tidak pernah tahu ada penjelasan terhadap segala dakwaan yang dibangkit, ini soal kepercayaan rakyat dan soal intergriti", katanya.

Semalam, Mohd Isa mengetahui PKR Cabang Ampang mendesak Azmin menjawab segala dakwaan yang dikaitkan dengan dirinya dan isterinya atau meninggalkan parti berkenaan jika enggan berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik PKR.

Antara dakwaan yang dikaitkan ke atas Azmin adalah mengenai dari mana datangnya wang Shamsidar membuat transaksi pembelian saham bernilai RM2 juta dari tahun 1992-1994, sedangkan dalam tempoh itu suaminya, Azmin hanya seorang penjawat awam dengan gaji sekitar RM3,000 sebulan.

Azmin juga dicabar menafikan dakwaan bahawa beliau, Shamsidar serta iparnya memiliki akaun saham bernilai RM8 juta, selain didesak menyahut cabaran beberapa pihak menentukan kesahihan nasab biologi salah seorang ahli keluarganya. -AIDC

No comments:

Post a Comment