Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, April 17, 2012

Kisah Kerakusan YTL yang BELUM TERJAWAB !

 

Tanah KTM Di Ambil; Melayu dan Umno Bodohkan Diri Atau Diperbodohkan

  by pisau on 18.3.10

Kerajaan terpaksa membayar RM37juta untuk tanah KTM seluas 94.5 hektar untuk pampasan penduduk di Kuala Sepetang yang kebanyakannya adalah berbangsa cina.Jumlah yang cukup besar untuk satu kawasan yang boleh dikatakan sebagai kategori pendalaman.

Tetapi bagaimana pula harga tanah KTM yang diambil oleh bekas Presiden MCA di Jalan Syer Bukit Tunku,

Kemudian tanah di KTM di Sentul yang dilepaskan kepada YTL apa faedahnya melayu dapat?Bolehkah Presiden MCA berikan jawapan?

Kenapa dan mengapa Melayu atau pun Umno membodohkan diri atau diperbodohkan hingga tidak perasan tanah KTM sudah bertukar tangan kepada bukan Melayu?

Tanah KTM di Sentul yang dimajukan oleh YTL adalah didalam kawasan Parlimen Batu yang diwakili oleh PKR dan bukan Melayu.

Jika benar konsep samarata yang diamalkan oleh juak haprak PKR ini,mengapa tidak dipertahankan hak tanah itu yang punyai kepentingan orang melayu atas tanah KTM?Mengapa dia tidak berani pertahankan?Oh terlupa ahli parlimennya berbangsa cina,ada dia peduli? Lantaklah ,YTL sapa punya?

Orang melayu di Parlimen Batu hanya sekadar penonton tidak tahu apa, hanya sekadar beranggapan "oh tanah itu YTL ambil tak mengapalah".

Apa yang tak kena di sini, duit?rasuah?sudahlah tanah KTM dibelasah oleh YTL,kemudian YTL dapat pula projek DBKL untuk membina jejambat bernilai puluhan juta dari Lebuh Mahameru ke Sentul terus untuk akses ke hartanah yang dibangunkan dan secara automatik YTL mengaut lagi keuntungan kenaikan hartanah bernilai puluhan juta .Berapa kali untung dah ni?

Umno Wilayah buat apa? dah abis cerdik atau bodoh pemimpin UMNO ni?

Inilah nasib Melayu,Jika UMNO sendiri yang dipimpin oleh mereka yang hanya pentingkan diri sendiri,tanpa memikirkan soal bangsa sendiri,lebih baik jangan duduk diatas sana, lebih baik letak jawatan,terasa mereka mereka ini tidak layak untuk memimpin parti yang perjuangkan orang melayu.Pemimpin seperti ini dibutakan dengan wang ringgit hingga tidak tahu tanah tergadai dilahap syarikat korporat haram jadah:klik sini

Tak guna jika UMNO atau Perkasa terpekik terlolong sana sini perjuangkan hak orang melayu tetapi tanah tergadai didepan mata,bukannya salah siapa,tetapi salah diri sendiri!!!!

Kemudian Pisau ingin CEO MBSB jawab,mengapa tanah KWSP yang dahulunya milik MBSB yang dimajukan telah diberikan kepada YTL,kemudian hartanah disitu dijual dengan harga lebih dari setengah juta, dimana pembelaan untuk orang melayu bandar?akhirnya orang melayu hanya layak tinggal rumah pangsa yang sempit sepertimana berlaku di Sungai Besi.

Siapa yang mengadai tanah orang melayu?adakah CEO KWSP atau MBSB sendiri bukan melayu? melayu gadai tanah melayu,kemudian salahkan bangsa lain? boleh begitu?

Dalam isu ini berapa kali syarikat korporat haram jadah :klik sini seperti YTL mengaut keuntungan,berapa kali melayu yang diatas sana melahap puluhan juta?

UMNO dan Perkasa hal sebegini haruslah diberi perhatian,jika ada pemimpin UMNO yang terlibat dedahkan saja,usah disimpan melaun penyangak yang mengadai hak bangsa sendiri.Orang sebegini tidak layak bergelar pemimpin bangsa melayu.


Pisau kata "Nak harapkan PAS atau melayu haprak dalam Pakatan jauh sekali,so mereka mereka ini tidak layak untuk berbicara soal hak orang melayu."

Read more: http://www.pisau.net/2010/03/tanah-ktm-di-ambil-melayu-dan-umno.html#ixzz1sIolkFV5

3 comments:

  1. UMNO Melayu menang kampung tergadai ,dimanakah bijak-pandai Melayu dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu.....pemimpin Melayu hanya mementingkan poket masing-masing dari mempertahankan dan membela nasib orang Melayu.

    ReplyDelete
  2. Condminium dan apartment yang dibanguNkan diatas bekas tanah KTM berharga jutaan ringgit berapa keratkah orang Melayu yang mampu memilikinya.Akhirnya orang Melayu terpinggir dari kawasan bandar dan bilangan pengundi Melayu terus berkurangan...maka DAP berkuasa dibandar satu helah halus untuk menguasai kawasan bandar ....pemimpin Melayu sila buka mata....perjuangkalah nasib Melayu yang kian terpinggir....

    ReplyDelete
  3. Memang susah jika pemimpin hanya tamak wang ringgit, perkara ini dia tahu buat tak tahu, rugi sungguh bangsa melayu yang ramai tak berapa cerdik dibodohkan oleh pemimpin melayu yang cerdik untuk mengisi poket sendiri. Malang sungguh nasib bangsaku. Ya Allah berilah petunjuk kepada mereka ini sebelum terlambat, sebelum mereka melelong semua tanah tanah orang melayu ini, jika tidak jahanamkan segera mereka ini sebelum mereka menjahanamkan orang lain. Jika ini semua betul seperti dinyatakan oleh penulis(pisau), jika tidak diharapkan penulis bertaubat segera.

    ReplyDelete