Setelah gagal mempengaruhi rakyat menyokong mereka, pihak pembangkang kini mahu mengadakan perhimpunan haram Bersih bagi kali ketiga.
Di belakang segala perancangan ini sudah tentunya, Anwar Ibrahim yang memperkudakan rakyat untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Strategi beliau untuk melancarkan demonstrasi jalanan disokong pula oleh PKR, PAS dan DAP dengan menggunakan landasan Majlis Peguam.
Peguam Ambiga Sreenavesan pula di letakkan sebagai jurucakap Bersih kononnya golongan pendesak pilihan raya bersih berpaksikan kepada undang-undang negara. Realitinya perhimpunan haram Bersih samada ia diadakan dalam bentuk perarakan, demonstrasi, bantah duduk atau dalam apa-apa posisi sekali pun adaalh satu mencabar kedaulatan dan keluhuran perlembagaan negara ini.
Sejak merdeka, negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dalam kerangka konsep raja berperlembagaan tidak pernah gagal mengadakan pilihan raya umum setiap lima tahun sekali sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang.
Malaysia antara satu-satunya negara membangun dan negara Islam contoh yang diiktiraf dunia menghayati sistem demokrasi dalam ertikata sebenar. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diberikan tanggungjawab sepenuhnya melaksanakan semua proses perjalanan 12 PRU sebelum ini telah berjaya mengekalkan integritinya sebagai sebuah badan yang bebas dan berwibawa.
Kerajaan melalui parlimen telah pun bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dengan dianggotai secara adil oleh semua pihak - wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan juga bebas. PSC akhirnya menggemukakan 22 syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya untuk dipertimbangkan oleh SPR.
Malangnya pihak pembangkang tidak berpuas hati dan mahukan kerajaan dan SPR tunduk kepada semua tuntutan mereka dan apabila gagal, ia seperti biasa memangsakan rakyat untuk dijadikan kambing hitam dalam politik kotor mereka.
Taktik pembangkang adalah mudah untuk dibaca - segelintir rakyat yang terpengaruh dengan dendangan dakyah dan cerita dongeng pembangkang akan terheret dalam perhimpunan haram pada 28 April nanti, dan apabila tindakan undang-undang diambil, pembangkang akan menuduh kerajaan zalim dan sebagainya.
Tujuannya ialah untuk menunjukkan kepada dunia luar bahawa proses pilihan raya di Malaysia adalah tidak demokratik dan tidak adil. Jika dilihat realiti pilihan raya pada 2008, hakikatnya adalah 360 darjah berlainan daripada yang didakwa pembangkang.
Lupalah pembangkang telah berjaya menawan empat buah negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta mengekalkan Kelantan?
Mengapa pembangkang tidak mempertikaikan proses pilihan raya di negeri-negeri yang mereka menangi sebagai pincang?
Adakah apabila pembangkang memenangi kesemua kerusi parlimen dan negeri, barulah pilihan raya itu dianggap bersih, adil dan tidak tercemar.
Sebenarnya pembangkang tergolong dalam kumpulan yang kecewa kerana rakyat terus menerus sejak 55 tahun dahulu menolak gaya politik yang inginkan diserapkan ke dalam sistem politik negara.
DAP dengan sikap rasis dan cauvinis ekstrim Cinanya, PKR yang dikuasai golongan Kristian dan liberal dan PAS dengan cara pemiliran Islam yang kolot dan kuno cuba menggabungkan kesemua elemen politik mereka dalam apa yang mereka panggil Pakatan Rakyat.
Kononnya rakyat menjadi teras perjuangan mereka tetapi apabila dilihat kepada agenda di negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang, jelas agenda rakyat hanyalah untuk dipergunakan bagi mereka terus kekal berkuasa.
Bersih kali ketiga bukanlah cerminan aspirasi rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi lebih merupakan sifat tamak haloba dan kerakusan pembangkang yang mahu mewujudkan tanggapan negatif terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pembangkang sedar semua dasar dan program pembangunan dan kebajikan yang digerakkan oleh Perdana Menteri telah berjaya dan memberi manfaat dan kesan positif secara langsung kepada rakyat.
Perhimpunan haram Bersih hanyalah satu taktik murahan pembangkang untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat kepada usaha yang pastinya menemui kegagalan.
Yang pasti, rakyat sudah lama bijak memilih antara kaca dan intan.
Lantas, usaha pembangkang mahu menganjurkan perhimpunan bantah duduk dilihat rakyat sebagai sesuautu yang sia-sia, lucu, membuang masa dan tidak mendapat sambutan.
Penatlah citer2 camni...korang dapat apa...depa nak tukaq kerajaan kot depala...sama gak...kita kena usaha juga...
ReplyDeleteserangan individu x abih pic superimpose
ReplyDeleteadanya Bersih,kerajaan yg kotor dah mula menjaga kebersihan...semoga berjaya utk negara n rakyat semua.hidup Bersih,usaha mu ttp d kenang.
ReplyDeleteBaru nak blaja PS amatur... good try, buat prkara berfaedah kan lebey baik... aparrraaa cai UMNgOk ni
ReplyDeletebersih kan diri dahulu sebelum bersih yang lain-lain,
ReplyDeletepengikut bersih menjadi boneka diperalat atas dasar permintaan dlm bersih,
di atas bersih duduk goyang kaki, di payung gelak2 dgn kemewahan,di luar sana berpanas,terkinja2 entah tahu tujuan atau tidak..main boh aje,menghuru harakan negara.apa yg korang dapat,org atas senang gelak2 cuba tgk wajah2 kepala mereka ...semoga negara kita terus dipertahankan kedaulatan dan keamanan.
hidup umno!!!, satu satunya parti yang memperjuangkan nasib melayu , Islam Dan Negara Malaysia.
ReplyDeleteMelayu kita sudah lupa....dan tak pandai menilai yang mana musuh n yg mana kawan....umno bertungkus lumus memperjuangkan nasib melayu Islam, korang yg x pandai nk menilai ni duk ikot golongan yg jelas dan terang2 memperalatkan Islam demi kepentingan dan dendam yg membara terhadap kerajaan...apa daaaaa....
ReplyDeletemelayu bebal mcmni la, tak pakai otak, cina sokong pas? sebab depa tau DAP kuat..depa mau malaysia la bodoh..BN cina tak kuat... bangkai semua semua pas... mengunakan islam utk politik... dulu kata umno kafir kawan mca, skrg dia kawan dgn barua DAP lg teruk.. habis musnah melayu di pulau pinang, kl, selangor... org melayu duk kelantan dan kedah shj lah..main bendang2 hari2... bangsat pas
ReplyDeleteDAP saje nakkan PAS juga PKR Melayu pasal mereka tau nakkan orang-orang Melayu juga vote bagi melayu kalau tak payah lah mereka nanti.......Kalau dah dapat nanti tak dilepaskan gitu je....ada ke mereka nak bertolak ansur nanti tak pasti lagi sebab antara mereka pun dah tunjukkan belang mereka...Bagi orang-orang Melayu berhati-hati dan berfikirlah secukup-cukup untuk negara Malaysia yang tercinta ini......Sekarang ni orang-orang Bukan Melayu dah mula nak macam-macam dan selalu saje ada berbalahan tentang apa-apa saje yang diutarakan oleh kerajaan...Kerajaan sudah banyak memainkan peranan yang terbaik walaupun telah dikutuk oleh pembangkang2...Pembangkang bukan untuk mencari perbalahan dan pertelingkahan...sebagai orang-orang politik biar lah yang membina dan jangan menjehanamkan lagi politik dinegara kita ni.....
ReplyDeleteaku heran dengan sibangang2 umno ni,,Leboh baik jadikan Islam sebagai wadah perjuangan dari parti umno yang dah rosak teruk tuuu,,
ReplyDelete