Minda Hijrah Headline Animator

Friday, April 13, 2012

Haram Hukumnya Ahli PAS Ambil Durian Runtuh Felda

NAMPAKNYA, tebaran rasuah wang di kalangan peneroka Felda lanjutan dari penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH), sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi.  Hampir pasti, Mei ini semua peneroka akan menerima ‘durian runtuh’ dari Felda – agensi di bawah Najib.

Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang telah mengeluarkan fatwa bahawa ‘durian runtuh’ yang bakal di terima peneroka Felda itu adalah rasuah politik, dengan niat agar peneroka mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang.
KUALA LIPIS – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tentang ganjaran yang bakal diterima peneroka Felda tidak lama lagi dilihat sebagai pemberian rasuah politik pusingan kedua kepada rakyat.
Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang berkata, melihat kepada pengumuman itu di ketika negara sedang menunggu detik pilihan raya, jelas menandakan tarikh pilihan raya umum sudah terlalu hampir.
“Rasuah politik pusingan pertama sudah pun berjalan sejak akhir tahun lalu iaitu BR1M berjumlah RM500 yang diberikan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, bantuan RM100 untuk murid-murid sekolah dan RM200 dalam bentuk baucer buku kepada pelajar-pelajar universiti.
“Rasuah politik pusingan kedua sebagaimana yang diumumkan Najib itu mungkin lebih besar jumlahnya dan mencakupi pelbagai perkara lagi. Ia tentulah sesuai dengan hasrat untuk memenangi pilihan raya dengan cemerlang, sebagaimana yang diidam-idamkan oleh Barisan Nasional (BN) sendiri,” katanya.
Malah Tuan Guru Hadi di dalam kenyataan yang sama telah mengesahkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) dan wang persekolahan anak-anak berjumlah RM 100 juga adalah wang rasuah.

Soal BR1M dan wang persekolahan anak-anak itu penulis rasa mungkin sudah terlambat untuk kepada sesiapa yang menerima memulangkannya semula kerana fatwa ini lambat dikeluarkan.  Sepatutnya ia dikeluarkan lebih awal, supaya ahli PAS boleh mengelak dari menerimanya.

Tapi dalam soal durian runtuh ini masih belum terlambat untuk semua peneroka Felda terutama yang menjadi ahli PAS, dari membuat keputusan menolaknya kerana sudah jelas ia adalah WANG HARAM.

Jumlahnya mungkin mampu mengaburkan mata kerana nilai yang lebih besar, tapi disinilah keistimewaan ahli PAS, demi mempertahankan akidah dan agama Islam, kita seharusnya sanggup menolak semua kelebihan dunia, tidak kira apa nilainya.

Kerana yang penting itu ialah kehidupan selepas mati.

Itu belum disebutkan lagi bahawa penyenaraian itu sendiri akan merugikan peneroka kerana peneroka bakal menghadapi risiko kehilangan tanah kebun masing-masing kepada pihak luar.

Walaupun cuba dinafikan oleh pihak Felda tapi kita yakin dengan penemuan yang telah dibuat oleh Presiden ANAK, Mazlan Aliman bahawa risiko kehilangan tanah itu memang ada, tidak kiralah sekecil mana.

Pendek kata peneroka akan hilang manfaat di dunia dan akhirat dengan penyenaraian FGVH ini.  Di dunia kerana menghadapi risiko kehilangan tanah, di akhirat kerana memakan hasil yang haram (wang durian runtuh).

3 comments:

  1. Haram untuk umno tapi halal utk pas. Org memberi kita merasa, bila time mengundi, masing-masing punya citarasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodo... X de prinsip hidup.. Kalau dah sokong pembangkang tu, patut ada rasa MALU nak ambil pemberian kerajaan!!!!!

      Delete
  2. PAS memang kalau buat hukum ikut suka hati mak bapak dia. Kalau kene batang hidung sendiri, hukum asal akan berubah

    ReplyDelete