Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, April 15, 2012

Dr M: PTPTN diluluskan semasa Anwar masih TPM

Skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  diluluskan semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di dalam kerajaan, jelas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Dr Mahathir turut mengingatkan ketua pembangkang itu bahawa skim berkenaan diluluskan semasa Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sambil menambah tidak ada bantahan terhadap skim itu pada masa itu.

"Itulah Anwar ... dia sendiri tidak tahu apa yang dia fikir, dia pelupa," katanya dipetik Bernama.

Pemimpin berpengaruh itu menegaskan Malaysia tidak mungkin akan memberikan pendidikan tinggi percuma sebagaimana cadangan "negara membangun lain".

"Kita boleh mansuh PTPTN, hanya kepada mereka yang mahukannya. Biar mereka yang tidak mahu PTPTN dimansuhkan, kita (terus) beri mereka," katanya dalam satu majlis di Sintok.

Dr Mahathir menegaskan kerajaan sentiasa komited terhadap mengukuhkan taraf pendidikan negara, dan dengan itu, lebih 25 peratus daripada belanjawan tahunan negara digunakan untuk sektor pendidikan.

Pembangkang telah mempromosikan pendidikan percuma dan mendesak agar PTPTN dimansuhkan, sambil menegas bahawa kerajaan mampu membiayai pendidikan percuma menggunakan keuntungan jualan minyak serta melalui pengurangan kadar rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran.

3 comments:

  1. Melayu mudah lupa. Anwar bersama kerajaan sbg Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hutang kroni boleh mansuhkan....tak kan hutang rakyat takleh nak mansuhkan...buat ape rakyat pilih pemimpin kalau bukan buat kerja untuk rakyat.....hahahahaha

      Delete
  2. Anonymous 09.57 cuba ko beritau hutang kroni yang dah lupus tu..citer sikit sesiapa yang bertuah tu...

    ReplyDelete