Minda Hijrah Headline Animator

Monday, April 23, 2012

Demo #MansuhPTPTN - Mahasiswa Macam Gampang!! -

Dari Suara Rakyat -
 
MAAFLAH kalau pendekatan bahasa penulis hari ini nampak agak kasar.  Ini tidak sama sekali bermaksud penulis mahu merendahkan martabat blog ini sehingga setaraf blog-blog pro UMNO yang gemar menggunakan kaedah sedemikian, tapi ianya semata-mata untuk menyatakan kekesalan penulis dalam soal penganjuran demonstrasi pemansuhan PTPTN yang masih berlangsung sekarang.

 

Jika ada yang terlupa, penulis ingin menyebutkan disini bahawa ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil risiko yang sangat besar dalam mengenengahkan isu pemansuhan pinjaman PTPTN ini.

 

Selain menghadapi perbalahan dalaman dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat, Anwar juga perlu mengadakan jelajah seluruh negara bagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengenai soal pemansuhan ini, kerana sebagai pembayar cukai, rakyat adalah 'ahli lembaga Pengarah' negara yang perlu 'endorse' janji ini sebelum ia boleh di laksanakan Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Putrajaya kelak.

 

Ini bukan kerja yang kecil anak, ini adalah satu usaha besar-besaran dengan risiko tersendiri.  Risiko yang besar ini perlulah diterjermahkan dalam bentuk sokongan yang lebih besar juga.  Hakikat ini yang sepatutnya difahami oleh semua yang terlibat.

Ini tidak, penulis lihat tiada usaha bersungguh-sungguh oleh para mahasiswa untuk menjayakan visi mulia ini.

Sudahlah perhimpunan yang dirancang pada Sabtu lepas gagal mencapai matlamat seramai 5,000 orang demonstrant, usaha lanjutan dengan berkhemah di Dataran Merdeka sejak seminggu lepas juga tidak mendapat sambutan yang diharap-harapkan.

 

Contohnya semasa Anwar meluangkan masa melawat pelajar di Dataran Merdeka pada Khamis, jumlah keseluruhan pelajar yang hadir mendengar amanat beliau hanyalah sekitar 500 orang!!  Jumlah ini bukan setakat jauh dari menyakinkan, malah hanya memalukan Anwar sebagai pemimpin ulung Pakatan Rakyat.

Mahasiswa Macam Gampang!!

Di mana silapnya?  Dengan 1.9 juta orang yang bakal mendapat kelebihan dari pemansuhan PTPTN ini, kenapa sukar sangat untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 5,000 orang atau paling tidak memenuhkan Dataran Merdeka itu dengan khemah-khemah pelajar seperti yang pernah disebut Safwan Anang di hadapan Anwar.

 

Ini tidak, sudahlah penganjur gagal mengumpulkan mahasiswa dan peminjam PTPTN untuk turut serta, penganjur mengambil orang luar pula untuk menyertai demonstrasi yang sepatutnya dihadiri mahasiswa dan peminjam PTPTN!!

 

Budaya buruk yang dibawa orang luar ini telah sedikit sebanyak merosakkan perjuangan suci membantu rakyat dengan memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma.  Itu belum lagi disebut tindakan bercampur lelaki dengan perempuan yang berleluasa di khemah para peserta tanpa memikirkan batasan agama.

Mahasiswa Macam Gampang!!

Mahasiswa Macam Gampang!!

Penulis menerima banyak rungutan dari pemimpin dan aktivis PAS yang jelas tidak senang dengan perkembangan seumpama ini.  Walaupun disebut-sebut bahawa perhimpunan ini dianjurkan oleh mahasiswa, tapi Pakatan Rakyat tetap terkait dengannya, dan itulah yang membuatkan PAS sangat tidak senang.

 

Sesuatu perlu dibuat untuk membetulkan semua permasalahan ini.  Jangan tunggu sehingga isu ini menjadi masalah yang akhirnya nanti akan memalukan Datuk Seri Anwar dan menjatuhkan imej Pakatan Rakyat.

4 comments:

  1. Pelajar yang terlibat hanya memalukan diri sendiri dan keluarga

    ReplyDelete
  2. memang pun, bagi yg dah berumur tu tunjukkanlah tauladan yg baik dan bawa-bawalah bertaubat.........

    ReplyDelete
  3. org yg x bermoral ajer nie.... nak senang da di beri tp menyusahkan ajer hehehehehe nak minta mansuh lak ptptn hehhehehe

    ReplyDelete
  4. salam.. kenapa pula sekarang ni menjadi-jadi budaya menunjuk-nunjuk amalan kepada orang....kerajaan telah menyediakan surau dan mesjid yang selesa untuk beribadat kenapa mesti menunjuk kepada org kita sembahayang di tepi longkang, tepi jalan dan dimerata tempat sedangkan rumah Allah yang indah telah disediakan..(wanauzubillah harap2 tiada unsur-unsur riak dan menunjuk dalam ibadat)..bersyukurlah kepada Allah dan pemerintah...

    ReplyDelete