Pelakon dan pelawak, Husin Mohd Rawi atau lebih dikenali dengan panggilan Bob Kuman 'mengucapkan tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya dia sudah meninggal dunia hari ini.
Katanya, tindakan tersebut telah 'berjaya' menyebabkan semua rakan termasuk saudara maranya sedih.
"Berita ini fitnah, saya terima panggilan daripada rakan tentang perkara ini ketika hendak solat Zuhur 1 petang tadi," katanya sewaktu ditemui di rumahnya kira-kira jam 2 petang tadi.
Mesej kononnya pelakon itu sudah meninggal dunia disebarkan menerusi laman mikro Twitter tengah hari tadi.
Justeru tegas Bob Kuman, dia kesal dengan penyebaran berita itu.
Tiga hari lalu, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa Bob Kuman terharu dengan sumbangan yang diberikan peminatnya menerusi akaun banknya selepas kisahnya tersiar di dalam sebuah laman blog baru-baru ini.
Bob Kuman, 40, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para peminatnya yang sudi menyumbang bagi membantu meringankan beban yang dialaminya.
Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.
MOHON LINK BLOG SAYA
ReplyDeleteAlahai bob. Ada takda sama jer. Heee
ReplyDelete