Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, April 12, 2012

"Artis Popular" – Apa Perlunya Kemenangan Aaron Aziz Dikritik?

Aku sebenarnya tidak berapa minat untuk beri komen memihak kepada sesiapa pun atau membidas mana-mana pihak tentang kisah Timbalan Presiden Seniman Zed Zaidi yang dikatakan kurang senang dengan kemenangan Aaron Aziz yang terpilih sebagai "Artis Lelaki Paling Popular" oleh pembaca Berita Harian.

Mungkin sebagai Timbalan Presiden Seniman, persatuan yang menjaga kebajikan artis-artis Malaysia, Zed Zaidi merasakan anugarah seperti itu harus diberikan kepada artis-artis Malaysia saja atau setidak-tidaknya mencipta satu lagi anugerah untuk "Artis Luar Popular". Dia berpendapat tidak wajar kita membanggakan artis luar sedangkan ramai lagi artis-artis Malaysia yang layak menang apa jua anugarah.

 

Pendapat Zed ini mungkin ada jugak kebenarannya jika kita hanya mahu melihat industri hiburan kita dari sudut yang sempit iaitu hiburan kita itu hanya untuk "orang Melayu di Malaysia" saja.

 

Tetapi Zed Zaidi sendiri harus faham bahawa hiburan yang dipersembahkan oleh orang Melayu adalah untuk orang Melayu dan orang Melayu itu boleh berasal atau berada di mana saja, sebagai orang Melayu mereka tetap akan cari "hiburan Melayu" tampa mengira artis itu berasal dari mana.

 

Zed sendiri mungkin tidak dikenali oleh orang Cina di Malaysia sekali pun Zed adalah artis Malaysia tetapi Zed mungkin mempunyai ramai peminat di Singapura yang berbangsa Melayu kerana hiburan yang Zed persembahkan itu adalah untuk orang Melayu.

 

Jika standard pemikiran Zad Zaidi ini hendak diguna pakai oleh industri hiburan Amerika sudah tentu hanya artis Amerika saja yang layak menerima Anugrah Oscar ini. Sudah tentu industri hiburan Amerika tidak berfikiran sempit macam Zed Zaidi kerana mereka mahu menjadikan kota Hollywood sebagai pusat hiburan dunia untuk orang yang berbahasa Inggeris. Oleh itu siapa saja artis berbahasa Inggeris layak jadi artis di sini dan jika hiburan mereka persembahkan itu jadi persembahan terbaik maka mereka juga layak menerima anugrah tampa mengira asal usul negara mereka (lihat link di bawah).

 

Begitu juga dengan hiburan untuk kaum Cina, mereka juga ada pusat dunia hiburan mereka sendiri. Hong Kong sudah lama terkenal sebagai pusat hiburan untuk kaum Cina. Jadi dimana saja kaum Cina itu berada mereka tetap akan berkiblatkan Hong Kong sebagai pusat hiburan mereka. Dato Michelle Yeoh sendiri memilih Hong Kong kerana dia mahu jadi popular dikalangan orang Cina. Walau pun mereka tahu dia warganegara Malaysia, namun dia masih dicalonkan dalam Hong Kong Film Award pada tahun 1998 untuk filem The Soong Sisters.

 

Mungkin Zed Zaidi terlalu mentah untuk mengetahui bahawa Singapura dulu pernah menjadi "Hollywood" kepada dunia hiburan Melayu sehingga boleh menarik ramai artis-artis dari seluruh kepulauan Melayu untuk datang ke situ bagi mencipta nama. Contohnya primadona filem Melayu Maria Menado sendiri berasal dari Indonesia, begitu juga Seniman Agong P Ramle pun mencipta namanya di Singapura jugak kerana Singapura pada waktu itu adalah pusat hiburan dunia Melayu.

 

Sekarang keadaan sudah berubah. Kuala Lumpur sudah mula mengambil alih tempat Singapura sebagai pusat hiburan dunia Melayu. Sepatutnya kita berbangga dengan kedudukan Kuala Lumpur yang semankin hampir menjadi "Hollywood" kepada dunia hiburan Melayu. Kita seharusnya menggalakkan seluruh artis dalam dunia hiburan Melayu tidak kira negara asal mereka memilih dan datang ke Kuala Lumpur untuk melebarkan kegiatan seni mereka disini dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota Hollywood kepada dunia hiburan Melayu.

 

Kita tahu Singapura masih lagi berminat menjadikan negara mereka sebagai pusat dunia hiburan Melayu, sebab itu mereka mahu mengadakan Anugrah Planet Muzik iaitu memberi pengiktirafan kepada artis-artis dalam dunia hiburan Melayu dari tiga buah negara. Sepatutnya kita harus mempromosikan Kuala Lumpur sebagai kota dunia hiburan Melayu supaya negara dapat memperolehi hasil dari industri hiburan ini disamping menjadikan Kuala Lumpur sebagai "kiblat" dunia hiburan Melayu tidak kira di mana orang Melayu itu berada.

 

Jangan berfikiran sempit hanya kerana ada perasaan dengki melihat orang lain mendapat "hadiah kereta". Kita sepatutnya menawarkan lebih daripada itu jika kita ingin melihat negara kita menguasai dunia hiburan Melayu. Jadi jika Zed Zaidi mahu memimpin Seniman, Zed kena ubah buka minda dia supaya tidak melayan perasaan dengki terhadap kejayaan orang lain.

 

Perbincanan lanjut di http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=67886#67886

 

 

4 comments:

  1. Posting pertama artikel ini salah gambar daaa. Kesilapan amat dikesali hahahaha

    ReplyDelete
  2. buang la perasaan cemburu irihati tu jauh2...

    jadikan cabaran yg sihat sebab kemenangan ditentukan oleh undian...

    tingkatkan mutu lakonan anda...

    kemenangan menanti pada siapa yg layak...

    bukan pada tempat yg pelakon dilahirkan...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  3. Benar kata penulis. Sepatutnya dunia hiburan kene wujudkan diaspora Melayu seluruh dunia. Buat apa nak bising-bising

    ReplyDelete
  4. Zed Zaidi kena berfikiran terbuka sedikit tentang peranannya sebagai pemimpin....Aaron Aziz patut pun menang jangan lah harapkan orang-orang Melayu Malaysia saje yang memenangi Award-Award....Memang orang-orang yang ambil dia berlakun tau dia punya kemampuan jangan lah ada iri hati, hasad dengki yang orang sekarang ni panggil dengan PHD....Bangun lah Orang-orang Melayu tak kira golongan mereka berada yang menang kena berikan kepujian yang terbaik untuknya...Dia pun dah bersusah payah untuk menaikkan namanya...Kalau dilihat dia orangnya humble dan bersahaja dia sendiri beri support pada kawan yang Fizz Fairuz yang memenangi award tu sampai Fizz sendiri tak menyangkan dia akan menang. Dalam fikirannya pun dah mungkin Aaron yang menang dia pun merendahkan dirinya...itu semua kuasa ALLAH SWT...Berkerja keras Insyallah akan tercapai cita-cita semuanya darinya...sudah-sudahlah bercakaran dalam bidang apa-apa pun.....

    ReplyDelete