Minda Hijrah Headline Animator

Friday, March 16, 2012

SKMM nafi arah telco laksana cukai khidmat prabayar 6%

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan ada mengeluarkan sebarang arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk pelaksanaan cukai perkhidmatan prabayar sebanyak enam peratus mulai 1 Julai ini.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan berkata, laporan media itu hanya bersifat spekulasi dan tiada arahan dibuat mengenai isu tersebut.

"Perbincangan sedang dijalankan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar pengguna terus menerima perkhidmatan komunikasi pada harga yang berpatutan.

"Sebarang tindakan mengenainya akan mengambil kira kepentingan rakyat dan SKMM akan memastikan supaya rakyat tidak dibebankan," katanya.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan akan membenarkan syarikat telekomunikasi tempatan mengenakan cukai perkhidmatan tersebut mulai 1 Julai.

No comments:

Post a Comment