Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, March 13, 2012

Shahrizat Undur Diri, Rafizi Ramli pula Sakit Hati

Entah apa gila Pengarah Strategik PKR dengan mudah menyimpulkan bahawa pengunduran DS Shahrizat Jalil membukti kebenaran fakta yang dibentangkan.

Sedangkan pengunduran Menteri Pembangunan Wanita ini selaras dengan tamatnya tempoh beliau sebagai Senator sekaligus tidak boleh lagi memegang jawatan kabinet.

Tambahan pula, DS Shahrizat tidak ada kene mengena dalam kes NFCorp yang melibatkan keluarganya.

Rafizi tidak perlu sakit hati dan sepatutnya redha dengan apa yang dilakukan oleh DS Shahrizat. Lagipun, suami DS Shahrizat telah pun didakwa di Mahkamah.

Putar belit Rafizi terhadap DS Shahrizat memang sudah dijangka. Bukankah lebih baik dia menjadi pemimpin pro-aktif membangunkan negara daripada menjadi 'langau politik'.

Oh ! Ya. Mungkin Rafizi tidak layak mejadi ahli politik setelah GAGAL dalam usahanya untuk menjadi Ketua AMK PKR. Jawatan sekarang pon diperolehi hasil bodek kepada pimimpin Agung mereka, Anwar Ibrahim.

No comments:

Post a Comment