Minda Hijrah Headline Animator

Friday, March 2, 2012

‘Saya tak sokong Phahrolrazi’ kata Amiruddin

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Bekalan Air Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah tidak tergugat dengan ugutan PAS Kuala Kedah yang mahu menyingkirnya daripada bahagian itu selepas didakwa ingkar dengan keputusan mesyuarat jawatankuasa mereka, Jumaat lalu.

 

Amiruddin berkata, tindakan PAS Kawasan Kuala Kedah yang memberi kata dua kepadanya dalam usaha memberi tekanan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah satu perkara memeranjatkan kerana beliau tidak dimaklumkan mengenai surat kata dua yang dikatakan akan dihantar kepadanya. "Saya sudah menyatakan pendirian saya tidak menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kuala Kedah untuk berdiri teguh di belakang Yang Dipertuanya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan menetapkan semua ADUN dalam kawasan Kuala Kedah menolak pelantikan sebagai EXCO. "Saya juga sudah memberi penjelasan mengenai pendirian saya yang tidak menyokong keputusan itu dan berpendapat setiap orang mempunyai pendirian masing-masing," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Operasi Pengeluaran Bijih Besi di Mukim Gurun di sini, semalam.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan PAS Kuala Kedah yang memberikan kata dua kepadanya kerana melanggar keputusan mesyuarat jawatankuasa kawasan pada 24 Februari lalu.
 
RockYKCD - Baguih la ramai yang sedar bahawa Anwarinas memang PARASIT dan PEROSAK. Tapi nak tahu jugak kenapa Phahrolrazi sahaja yang duk berceramah dengan Anwar esok ???

1 comment:

  1. berbalah sama sendiri sampai melibatkan pentadbiran negeri yang berkhidmat untuk rakyat? jadi wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat pun kena dengar cakap orang lain?

    "Anak Cina anak saya? Anak India anak saya? Bini orang?" lebih kurang kira halal jer laa... hehehe
    Baca di sini->Bini Orang Tu Ostad! Di TendangTerajang

    ReplyDelete