Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, March 21, 2012

Rakyat Kelantan teraniaya ?

Tindakan kerajaan Pas Kelantan memajak tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan bumiputera dari luar Kelantan sehingga menganaktirikan penduduk tempatan yang rata-ratanya miskin adalah satu perbuatan zalim.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana ramai rakyat teraniaya dengan tindakan kerajaan negeri itu yang dilihat ghairah mengejar pembangunan walaupun tanpa perancangan teliti.

Sambil mengakui wujud aktiviti memajak tanah rizab Melayu oleh kerajaan Pas Kelantan atas dasar pembangunan untuk tempoh yang lama, beliau berkata, rakyat negeri itu perlu sedar bahawa mereka telah tertipu sejak sekian lama.

"Isu tanah rizab Melayu ini adalah perkara sensitif dan ia perlu diurus dengan teliti. Kita tidak mahu tanah-tanah rizab Melayu di Kelantan dibangunkan dengan sesuka hati tanpa perancangan sehingga akhirnya orang Melayu sendiri yang rugi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
RockyKCD - Membangun bersama Islam ???

No comments:

Post a Comment