LANTANG, berterus terang dan tegas, 3 sifat terpuji yang boleh penulis simpulkan mengenai Datuk Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO dalam menggesa perletakkan jawatan Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil berhubung isu NFC seperti disiarkan akhbar The Star pada Selasa.
Walaupun berlainan kem dan matlamat perjuangan, tapi penulis perlu katakan apa yang benar dan menyokong apa yang hak. Dalam hal Shahrizat dan NFC ini, Pakatan Rakyat perlu mengakui peranan mulia yang dimainkan Kamalia.
Apa yang dilakukan Kamilia ini bukan mudah malah boleh dianggap satu sejarah kerana Wanita UMNO yterkenal dengan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Ketua mereka.
Contohnya mantan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz yang acap kali terpalit skandal berkaitan penyelewengan dalam soal pengeluaran permit impor (AP) kereta kepada individu dan syarikat tertentu yang dia mempunyai kaitan. Tapi dia kekal lama di jawatan itu kerana kesetiaan ahli Wanitanya yang senantiasa berdiri teguh dibelakangnya dalam apa jua keadaan.
Begitu juga ketika Shahrizat berjaya memenangi persaingan Ketua Wanita UMNO, sekelip mata juga kesetiaan ahli sayap wanita parti tersebut beralih kepada Ketua yang baru.
Itu menunjukkan tahap kesetiaan Wanita UMNO kepada ketua mereka, dalam keadaan susah dan senang.
Kamilia pula berbeza. Walaupun dari segi gerak kerja, peranan Kamilia dalam pergerakan tersebut boleh dipersoalkan tapi dia lebih menonjol dalam isu Shahrizat ini kerana kelantangannya. Apatah lagi bila kebanyakkan isu berkaitan dengan NFC ini yang disebutkan Kamilia, selari dengan pandangan Pakatan Rakyat dalam menuntut pengunduran Shahrizat dari kerajaan dan politik.
Pendek kata, Kamilia adalah pembawa suara Pakatan Rakyat dalam Wanita UMNO, di kala majoriti anggota Exconya langsung tidak boleh berharap untuk bersuara menentang Shahrizat dalam isu NFC ini.
Kamilia mungkin mahu menafikan kenyataan ini demi menjaga kedudukkannya dalam Wanita UMNO, tapi penulis tidak rasa persamaan yang wujud antara isu-isu berkaitan Shahrizat yang dibangkitkan dalam kenyataannya kepada The Star seperti pembelian kereta, faedah pinjaman yang rendah dan sebagainya itu, dengan apa yang disebutkan oleh Pakatan Rakyat pada awalnya, berlaku secara kebetulan.
Sememangnya Kamilia merujuk Pakatan Rakyat sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.
Tapi, melihat kepada persekitaran semasa, penulis tidak rasa Kamilia akan terlepas dengan mudah setelah mengeluarkan kenyataan yang sedemikian. Meminta Shahrizat mengundurkan diri dari jawatan Menteri dengan Ketua Wanita UMNO, adalah 2 perkara berbeza.
Jawatan Menteri adalah secara lantikan, manakala jawatan Ketua Wanita UMNO pula secara pemilihan.
Bukan mudah meminta pemimpin yang telah dipilih untuk melepaskan jawatannya, melainkan penjawat jawatan tersebut benar-benar melakukan kesalahan yang tidak boleh dinafikannya. Dalam kes Shahrizat, kalau mahu dihujahkan, yang melakukan kesalahan tersebut ialah suaminya, bukan dirinya sendiri.
Penulis yakin, penyokong Shahrizat dalam Wanita UMNO akan bangun menentang Kamilia. Kalau tidak kena langkahnya, Kamilia mungkin disingkirkan atau menghadapi penolakan secara total oleh Exco Wanita dan Ketua Wanita UMNO negeri yang hampir kesemuanya menyokong penuh kepimpinan Shahrizat.
Apa pun, perkembangan ini sangat menarik untuk diikuti. -suarapakatanrakyat.com
hasil duit pinjaman NFC sebenar adalah modal untuk shahrizat menang menentang rafidah untuk jawatan ketua wanita. ahli umno jangan buta hati menerima kenyataan itu.
ReplyDeletebeb, tolong berikan bukti. janganlah jadi saperti ayam jantan, kokok berderai derai, ekor berlumuran tahi.
Deletekamilia hanya menangguk di air yang keruh. nampak peluang terbaik untuk ketuai jentera wanita disebalik kekalutan keluarga shahrizat
ReplyDeleteanon 02.16AM. Saya memang 100% bersetuju dengan statement kamu. Kamilia merasakan dirinya tidak dipandang ahli Wanita. Dia tidak memainkan sebarang peranan selama memegang jawatan TKW. Dalam beberapa PRK yang lalu, batang hidungnya langsung tak nampak. Kot2 dia ni duri dalam daging atau gunting dlam lipatan. Meenjadi jurucakap PR ataupun bekas Ketua Wanita yang masih tergila2 nakkan jawatan peringkat nasional tu....wallahu a'lam
ReplyDelete