Minda Hijrah Headline Animator

Friday, March 2, 2012

KEMELUT DALAMAN PAS MAKIN KRITIKAL

Krisis dalaman Pas semakin kritikal apabila mesyuarat khas yang berlangsung hampir empat jam bagi membincangkan isu pergolakan parti itu di Kedah gagal menemui jalan penyelesaian.

Sebaliknya, kepimpinan Pas Pusat sekali lagi terpaksa mengadakan mesyuarat pada Sabtu ini bagi menghimpunkan semua pihak yang bertelagah di Alor Star Kedah untuk menyelamatkan parti tersebut.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang tampil membuat sidang media pada pukul 12.30 tengah malam berkata, pucuk pimpinan parti itu yakin pertemuan pada Sabtu ini akan membuahkan keputusan.

"Mesyuarat malam ini membuat keputusan untuk kita mengadakan pertemuan muhibbah sekali lagi di Alor Star, Kedah. Kita percaya pertemuan tersebut akan menyelesaikan segala kemelut yang melanda," katanya - UTUSAN Malaysia
 
RockyKCD - Masalah ini tidak akan selesai selagi barua Anwar Ibrahim tidak dicantas di Kedah. Selama ini pemimpin PAS begitu taat kepada ulul-amri mereka tetapi atas asakan politik kotor rakan sosialis PKR dan DAP, PAS dilihat semakin hilang arah.
 

1 comment:

  1. Kasi Phahrolrazi laa jadi MB pulak.... Dia tu diterima golongan tua dan muda.

    ReplyDelete