Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, March 13, 2012

KELAB Chedet : Sidang Media Aman Kampus

Sidang Media telah berlangsung pagi tadi di Kelab Sultan Sulaiman untuk Program Aman Kampus Fasa 2.

Sekali lagi Kelab Chedet (KCD) komited untuk terlibat sama dengan kehadiran Naib Presiden KCD, Saudara Najieb Mokhtar, sebagai Pengarah Program Aman Kampus Kelab Chedet dibantu Penolong Setiausaha, saudara Afiq Aziz dan Exco2 saudara Zahin, saudara Zuhairi dan saudara Adam Mukriz.

Sebelum ini KCD adalah NGO yang terlibat aktif bersama dalam Program Jelajah Aman Kampus yang berakhir bulan Februari lalu.

Program Aman Kampus Fasa 2 akan bermula pada 16 mac di Kolej Mara Kuala Nerang ( Kedah ) selama 3 hari 16-18 mac ( Jumaat, Sabtu, Ahad ).Tetamu Kehormat yang akan turut hadir adalah YB Dato Seri Mohd Shafie b Apdal.

No comments:

Post a Comment