Minda Hijrah Headline Animator

Friday, March 23, 2012

FELDA di Israel: Mahfuz Sabotaj Anwar Dan Hadi Awang? @ahmadmaslan

KITA benar-benar tidak faham kemana arah yang nak ditujui Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dalam membangkitkan isu perniagaan dengan Israel ini?

 

Memanglah beliau mempersoalkan hubungan perniagaan antara Felda dengan negara yahudi tersebut, tapi bukankah sudah dijelaskan bahawa produk Felda itu dipesan dan dihantar ke sebuah syarikat Palestin di Jenin tapi melalui pelabuhan Ashdod Israel kerana Palestin tidak mempunyai pelabuhan.

 

Oleh itu, untuk apa Mahfuz memanjangkan lagi isu yang bukan isu ini?  Terbaru, dilaporkan pula bahawa Mahfuz mempertikaikan kononnya tidak ada bukti minyak sawit tersebut sampai ke syarikat Palestin yang dikatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan.

 

Penulis yakin, kalau Felda boleh menunjukkan bukti penghantaran ke syarikat Palestin di Jenin itu, Felda juga tidak mempunyai masalah menunjukkan bukti penerimaannya, kerana diakhir nanti bayaran perlu dibuat dan semua dokumen itu diperlukan untuk tujuan pemprosesan.

 

Dan jika itu berlaku, siapakah nanti yang akan teruk menerima kesan?  Mahfuz?  Atau Pakatan Rakyat dan PAS secara keseluruhanya.

 

Anyway, kalau benar sekalipun Felda berurusan dengan syarikat yahudi, apa pula masalahnya?  Bukankah sudah disebut bahawa PAS tidak menghalang perniagaan dengan Israel?  Jadi untuk apa lagi dibesar-besarkan dan dipanjang-panjangkan isu ini?

 

Tidakkah nanti ia hanya menimbulkan polemik berpanjangan berhubung kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan The Wall Street Journal mengenai komitmen beliau dan kerajaan Malaysia yang bakal dipimpinnya nanti untuk melindungi keselamatan Israel?

 

Adakah ini tujuannya Mahfuz memanjang isu Felda dan Israel ini, kerana mahu masyarakat terus menerus bercakap tentang polemik tersebut supaya diakhirnya nanti imej Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat akan terjejas?

 

Penulis suka nak mendengar tujuan sebenar Mahfuz membangkitkan isu ini kerana dikala ramai penyokong PAS sendiri sudah boleh menerima hakikat bahawa Malaysia tidak  boleh selamanya menjauhkan diri dari Israel, Mahfuz  pula cuba meneruskan gambaran bahawa Israel perlu dimusuhi selama-lamanya.

 

Bagaimana rakyat Malaysia mahu menerima hakikat bahawa keselamatan Israel perlu dijamin untuk menjayakan usaha damai Israel-Palestin, kalau Felda menggunakan pelabuhan Israel untuk menghantar produk ke Palestin pun dijadikan isu?

 

Ini yang perlu dijelaskan Mahfuz kerana penulis rasa seluruh tanggungjawab akan diletakkan ke atasnya jika isu ini menjadi kontroversi di kalangan masyarakat nanti.

 

Mahfuz perlu lebih bijak dalam memainkan peranan di Parlimen.  Walaupun niatnya untuk menjatuhkan reputasi BN dan Felda dalam konteks hubungan perniagaan dengan yahudi, tapi ianya perlulah dilakukan dengan bijaksana, bukan membabi buta tanpa fakta yang kukuh.

 

Pakatan Rakyat masih perlu menghadapi polemik berterusan yang dimainkan blogger UMNO lanjutan dari temuramah Anwar yang disebutkan di atas dan dari apa yang penulis lihat, tindakan Mahfuz sekarang hanya akan memburukkan lagi keadaan.

 

Mahfuz perlu ingat jika Anwar terjejas, seluruh pihak dalam Pakatan Rakyat akan turut terjejas, dengan Mahfuz tidak terkecuali.

 

http://suarapakatanrakyat.com/2012/03/israel-mahfuz-sabotaj-anwar-dan-hadi-awang/

 

RockyKCD - Takkan baru sekarang sedar yang Mahfuz nie sengal dan bebal ? Pakai logik mudah ikut kepala hotak dia. Bukan nak hina taraf pendidikan dia setakat SRP tetapi dia memang bodoh.

No comments:

Post a Comment