Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, March 8, 2012

BONGKAR ! : PENYELEWENGAN Tender Kutip Sampah Selangor

CASSA terima 30 aduan, desak kerajaan PKR Selangor bekukan kontrak

 

SHAH ALAM: Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) semalam mendesak kerajaan pakatan pembangkang Selangor membekukan tawaran kontrak membabitkan tender mengutip sampah sementara persatuan itu menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam pembahagian kontrak. Presidennya, Datuk Dr Jacob George, berkata CASSA menerima lebih 30 aduan daripada orang awam dan kontraktor yang mendakwa proses tender bagi kutipan sampah sudah diseleweng dan dipercayai berlaku rasuah. Jacob berkata, beliau menerima banyak laporan mendakwa syarikat yang dipilih tidak mempunyai kelayakan dari segi kemudahan, peralatan, pekerja dan kewangan.

 

"Hari ini (semalam) kita buat laporan polis sebab kita kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang langsung tidak mahu ambil peduli dengan aduan kita. Apabila kita mahu jumpa kerajaan negeri untuk selesaikan masalah ini, mereka beri pelbagai alasan seperti mahu mengelak.

 

"Kita dapat aduan syarikat yang tiada pengalaman, kemampuan dan kemudahan mendapat kontrak tetapi permohonan syarikat yang lebih berkelayakan, ditolak. Di manakah keadilan dalam pentadbiran Selangor," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.

 

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat syarikat yang tidak berkelayakan itu mengalibabakan kontrak berkenaan kepada syarikat lebih berpengalaman dengan harga yang lebih rendah.

 
Selain itu, katanya, pihaknya turut dimaklumkan mengenai pemberian tiga kontrak membabitkan tiga zon kepada sebuah syarikat oleh sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini walaupun satu kontrak sebenarnya hanya diperuntukkan untuk satu zon saja.

"Apabila saya membawa perkara ini terus kepada pemimpin negeri berkenaan, mereka meminta saya menghubungi hotline yang dikendalikan kakitangan sokongan yang mungkin tidak tahu isu ini.

 

"Saya harap pihak berkuasa dapat melakukan satu siasatan menyeluruh berhubung isu ini agar rakyat tidak terus tertipu dengan sandiwara politik mereka," katanya.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu, ketika mengumumkan kerajaan PKR Selangor tidak lagi menyertai skim penswastaan perkhidmatan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) tahun lalu mendakwa langkah itu bakal menyelamatkan RM100 juta setahun.

 

EXCO daripada DAP itu berkata, kontraktor tidak perlu bimbang kerana PBT akan terus menggunakan perkhidmatan mereka walaupun bertukar pentadbiran.

 

Kerajaan PKR Selangor mengambil alih tugas perkhidmatan pungutan sampah selepas kontrak Alam Flora ditamatkan Oktober tahun lalu. - Berita Harian
 
 
 
RockyKCD - Patutlah masalah SAMPAH begitu TERUK di Selangor. Mana Ronnie Liu ??? Tak bertanggungjawab langsung !!!!

1 comment:

  1. Ronnie Liu China Kristian ni kan SAMPAH. Sebab itu dia dah tak kisah sangat pasal sampah ni.

    ReplyDelete